32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Selepas Cerai Dengan Norman Hakim, Siapa Yang Jaga Anak-Anak Masih Kecil? Beri Makan Minum Tempat Tinggal?’ – Abby Abadi

    Shopee Sale

    Pelakon, Abby Abadi membidas komen negatif seorang pengguna media sosial yang mendakwa dirinya menumpang populariti dan menunggang isu membabitkan anak-anaknya.

    Artikel Berkaitan: Suami Abby Abadi Rai Keputusan SPM Anak, Netizen Puji – ‘Ayah Tiri Lagi Function’

    Ambil alih tugas suami

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Abby, 46, turut berasa berang apabila individu terbabit mendakwa hanya bekas suami, aktor Norman Hakim yang banyak berkorban dan meluangkan masa dengan anak-anak.

    Senang sahaja menilai orang hanya dengan satu hantaran. Kau ambil tahu tak selepas bercerai dengan Norman Hakim, siapa yang jaga anak-anak yang masih kecil? Makan minum dan tempat tinggal?

    Dapat dari mana semua itu kalau bukan dari aku? Kau nampak yang dalam gambar sahaja, yang di rumah hari-hari makan minum sedap.

    Abby turut memuat naik tangkap layar komen individu tersebut yang melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya.

    Diam lah Abby. Tak payah acah terpaling ingat Allah, jaga anak-anak. Tak payah tumpang populariti anak-anak dengan tunjuk dalam media sosial.

    Orang lain mak bapa sanggup ambil cuti kerja separuh hari untuk teman anak. Awak? Nasib baik lah Norman hidup lagi. Berhentilah menaip, tak payah nak menghentam orang lain kalau diri sendiri pun tak betul.

    Terdahulu Abby berkongsi satu hantaran mengenai tanggungjawab seorang bapa terhadap anak-anak tetap berjalan walaupun sudah bercerai dengan isteri.

    MENARIK:  Bercium Dengan Menantu Lelaki: Adakah Ia Perbuatan Normal? – Tanda Tanya Dicetuskan oleh Posting Fathia

    Bagaimanapun kata Abby, tugas tersebut digalas olehnya dan menegaskan dia mampu berusaha sendiri demi memastikan anak-anak dapat hidup selesa.

    Dah kalau bapa tak tanggung, kenapa mak nak kena tanggung? Habis itu, rumah, makan minum, nak tunggu siapa datang tanggung kalau tak berusaha sendiri?

    Masa begitu pantas berlalu, anak-anak terus membesar. Jadi teruskan kehidupan sampai akan ada harinya nanti. Dunia memang serba serbi tak adil.

    The post ‘Selepas Cerai Dengan Norman Hakim, Siapa Yang Jaga Anak-Anak Masih Kecil? Beri Makan Minum Tempat Tinggal?’ – Abby Abadi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah