30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Seimbangkan Kerja & Rehat, Ini Tips Elak ‘Burnout’

    Shopee Sale

    Sejak kebelakangan ini, ramai orang mengalami ‘burnout’, iaitu keletihan melampau dari segi mental, fizikal, dan emosi yang berpunca daripada tekanan berterusan, terutamanya di tempat kerja atau dalam rutin harian.

    Artikel Berkaitan: Aniq Suhair Hampir Alami Burnout, Nasihat Jangan Paksa Diri Bekerja

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Liyana Akui Normal Golongan Ibu ‘Burnout’ – ‘Hari Ini Hari Saya’

    Tekanan berterusan

    Selain pekerja, ‘burnout’ juga boleh menimpa pelajar, isteri, atau suri rumah yang menghadapi tekanan berterusan dalam rutin harian mereka.

    Menurut Majlis Keselamatan Negara, konsep masalah ini mula diperkenalkan pada tahun 1974 oleh pakar psikologi Herbert Freudenberger.

    Namun, pada tahun 2019 ianya diiktiraf secara rasmi sebagai sindrom klinikal oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

    Kebiasaannya masalah ini berlaku disebabkan tiga faktor utama.

    Faktor pertama yang mendorong stres ialah beban kerja yang berlebihan, iaitu keadaan apabila seseorang dibebani terlalu banyak tugasan tanpa ruang rehat yang mencukupi. Situasi ini menyebabkan tubuh dan minda menjadi letih serta berisiko menjejaskan produktiviti harian.

    Seterusnya, melakukan kerja di luar kepakaran atau minat seseorang juga boleh menyebabkan burnout.

    Keadaan ini berlaku apabila tugasan dilaksanakan secara paksaan tanpa minat mendalam, menyebabkan individu sukar mencapai kepuasan dan mudah berasa tertekan.

    Faktor personaliti juga memainkan peranan dalam berlakunya ‘burnout’ terhadap seseorang.

    Individu yang cenderung lebih kepada kesempurnaan, meletakkan sasaran tinggi, sukar mempercayai orang lain, atau gemar bekerja sendiri, lebih mudah terdedah kepada tekanan.

    MENARIK:  ‘Saya Cuba Untuk Dapatkan Texture, Lighting & Reflection Yang Paling Dekat Dengan Model Kereta Sebenar’ – Sofyank

    Cara atasi

    Bagi mengatasi ‘burnout’, terdapat beberapa langkah yang boleh diamalkan. Pertama sekali, ambil masa untuk berehat dan bercuti dari kerja agar minda lebih tenang dan semangat kembali segar.

    Selain itu, dengan melakukan aktiviti santai seperti mendengar muzik, yoga, atau hobi yang diminati bagi merehatkan minda juga boleh mengatasi masalah ini.

    Seseorang yang mengalami ‘burnout’ juga boleh mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang, tidur yang mencukupi, dan senaman secara konsisten.

    Aktiviti sebegini mampu mengekalkan tenaga dan kesejahteraan mental, sekaligus membantu mengurangkan tekanan harian dan risiko ‘burnout’.

    Mempelajari teknik pengurusan masa dan tekanan membolehkan seseorang menjadi lebih teratur dan tenang, menyelesaikan tugasan dengan lebih efisien, mengurangkan tekanan harian, serta membantu mencegah ‘burnout’.

    Di samping itu, dapatkan bantuan profesional jika gejala ‘burnout’ menjejaskan kehidupan harian. Lakukan perancangan yang teratur bagi memanfaatkan masa dengan optimum serta mengenal pasti keutamaan tugasan.

    Masalah ini boleh juga diatasi dengan menetapkan matlamat peribadi dan kerjaya bagi mengekalkan fokus serta motivasi diri.

    Akhir sekali, pastikan anda mengenali kemampuan diri supaya tidak memaksa diri melakukan lebih daripada yang mampu, seterusnya membantu menjaga kesejahteraan mental dan mencegah ‘burnout’.

    Sumber: Majlis Keselamatan Negara

    The post Seimbangkan Kerja & Rehat, Ini Tips Elak ‘Burnout’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah