27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Cuba Untuk Dapatkan Texture, Lighting & Reflection Yang Paling Dekat Dengan Model Kereta Sebenar’ – Sofyank

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Sofyank terus menerus dengan idea ‘luar kotak’ dan kali ini bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 memilih berkolaborasi dengan Proton Saga.

    Artikel Berkaitan: Sofyank Sifatkan Pengalaman Berlakon Dengan Louis Koo Sangat Mahal

    Artikel Berkaitan: Sofyank Rancang Buka Syarikat Produksi – ‘Saya Sudah Menghubungi Beberapa Orang Dalam Bidang VFX’

    Bangga dapat kepercayaan

    Menurut Sofyank, pengalaman ini cukup bermakna kerana ia merupakan satu momen berharga bersama produk tempatan yang sangat dikenali.

    Bagi saya, pengalaman kali ini juga menjadi pengalaman yang sangat best, terima kasih kepada Proton terutamanya kerana percayakan hasil karya kami untuk jadi salah satu platform untuk kita ketengahkan produk mereka.

    Saga memang antara kereta buatan tempatan yang paling ikonik dan legendari sejak saya kecil lagi.

    Mengulas cabaran yang dihadapi dalam menjayakan projek ini, anak muda kelahiran Kelantan yang juga Juara Ultimate VFX Challenge Dunia 2023 berkata, cabaran utama untuk video kali ini adalah untuk mendapatkan visual yang realistik untuk model kereta Saga 3D yang tersedia ada.

    Dua minggu sebelum shooting, kami ke lokasi shooting dan mengambil beberapa contoh video untuk saya cuba masukkan model kereta saga 3D ke dalam footage yang kami tangkap.

    Saya mencuba beberapa cara berbeza untuk dapatkan texture, lighting dan reflection yang paling dekat dengan model kereta sebenar, dan alhamdulillah hasil preshoot tersebut banyak membantu saya untuk mendapatkan look dan visual kereta 3D tersebut paling hampir dengan kereta Saga yang asal.

    Alhamdulillah saya gembira dan sangat berpuas hati setelah melihat respon dan komen positif daripada semua orang.

    Saya belum lahir lagi

    Di hantaran Instagram, Sofyank turut mencoret kapsyen yang menyentuh hati warganet.

    Masa zaman Saga dikeluarkan dulu, saya belum lahir lagi. Alhamdulillah sekarang dah ada anak sendiri, Saga masih megah di jalan raya. Selamat Hari Merdeka!

    Video yang kini boleh ditonton membawa penonton mengimbau transformasi dan evolusi Saga daripada model asal yang menjadi pelopor industri automotif negara, hingga ke model moden yang terus megah di jalan raya Malaysia.

    MENARIK:  [VIDEO] Auddra Simpati Lihat Marsya Qistina Jadi Mangsa Buli Siber – ‘Dia Tak Layak Kena Kecam Begitu’ 

    Dihasilkan dengan sentuhan kreatif dan teknologi grafik (GFX) bertaraf antarabangsa, iklan ini menampilkan gabungan warisan lama dan kemajuan teknologi yang mengangkat semula memori generasi terdahulu.

    Sekadar info, Saga, pertama kali dilancarkan pada 1985, bukan sekadar kenderaan nasional pertama Malaysia. Ia adalah simbol kemajuan, impian dan usaha kolektif rakyat, yang sejak empat dekad lalu kekal menjadi sebahagian daripada kisah perjalanan kehidupan jutaan keluarga di seluruh negara.

    Lebih menyentuh perasaan, kereta Saga generasi pertama yang dipaparkan dalam video ini adalah milik Allahyarham Ariffin Hew, seorang peminat tegar Proton.

    Pada tahun 2024, keluarga Allahyarham menyerahkan kembali kereta tersebut kepada ibu pejabat Proton agar ia dapat dipelihara sebagai warisan sejarah negara.

    Menurut ahli keluarga tuan milik tersebut, penyerahan ini dilakukan untuk memenuhi hasrat Allahyarham agar legasi nasional ini dapat terus dihargai oleh generasi masa depan. Kenderaan tersebut kini dipamerkan di Proton Centre of Excellence di Shah Alam, menjadi simbol perjalanan empat dekad industri automotif tempatan.

    Empat puluh tahun selepas pelancarannya, Proton Saga kekal menjadi antara pilihan utama pengguna tempatan.

    Sejak iklan tersebut dimuat naik di media sosial, ia telah meraih lebih 300,000 tontonan, sekali lagi membangkitkan rasa bangga dan penghargaan rakyat terhadap kereta nasional yang terus dekat di hati Malaysia.

    The post ‘Saya Cuba Untuk Dapatkan Texture, Lighting & Reflection Yang Paling Dekat Dengan Model Kereta Sebenar’ – Sofyank first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah