Hantaran pempengaruh Kasih Iris Leona menjadi sorotan netizen selepas ada yang menganggap perkongsian tersebut kurang sesuai untuk dimuat naik secara terbuka di media sosial.
Artikel Berkaitan: Leona Minta Orang Ramai Tak Ganggu Di Jalan Raya – ‘Kalau Kebetulan Nampak & Mahu Ambil Gambar Dari Jauh Okay..’
Artikel Berkaitan: Leona Dedah Lakukan Tiga Pekerjaan, Netizen Puji Rajin – ‘Mak Ayah Kaya Pun Masih Cari Duit’
Saman

Menerusi perkongsian di TikTok, Leona dilihat memuat naik gambarnya bersama keretanya yang dikunci (clamp) buat pertama kali.
Selain itu, Leona turut mendedahkan bahawa dia telah menerima saman kelima hanya dalam tempoh sebulan.
Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang mengkritik tindakannya itu seolah-olah memberi contoh tidak baik kepada para pengikutnya.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur sikap anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman itu yang dianggap menyusahkan pengguna tempat letak kereta yang lain.
Selain itu, warganet turut menitipkan pesanaan agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan kekayaan sebagai tiket untuk melanggar undang-undang.
Sumber: TikTok @leyoona
The post Leona Tayang Lima Saman Dalam Sebulan, Netizen Titip Nasihat – ‘Jangan Sebab Kaya…’ first appeared on OHBULAN!.





