34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sedih Bila Tahu Rumah Ini Telah Dijual Tapi Saya Reda, Mungkin Bukan Lagi Rezeki Saya’ – Sajat

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa pilu apabila mendapat tahu kediaman yang pernah menjadi tempat tinggalnya suatu ketika dahulu telah bertukar pemilik.

    Artikel Berkaitan: Rumah Sajat Turun Harga Lagi, Ejen Hartanah Masih Cari Pembeli – ‘Rumah Orang Kaya Memang Susah Nak Dapat Pembida’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Memang Betul Rumah Dilelong, Saya Sudah Duduk Di Australia’ – Sajat

    Sajat reda rumah dijual

    Menerusi hantaran di Instagram, Sajat mengakui berasa berat hati kerana rumah tersebut banyak tersimpan kenangannya bersama keluarga.

    Namun, dia reda dengan ketentuan tersebut kerana menganggap ia bukan lagi rezekinya.

    Kenangan rumah ini terlalu banyak untuk dilupakan.

    Bila saya dapat tahu rumah ini telah dijual, hati ini sedih tapi saya reda. Mungkin itu bukan lagi rezeki saya.

    Walaupun tidak lagi memiliki hartanah tersebut, Sajat tetap berasa bangga dengan pencapaian masa lalunya.

    Namun saya tetap bangga. Bangga dengan usaha saya mencari rezeki yang halal.

    Bangga kerana pernah memiliki rumah ini dibeli dengan berkat, daripada insan yang saya idolakan.

    Walaupun hanya seketika, ia sangat bermakna. Saya masih boleh membayangkan setiap sudutnya, reka bentuknya, suasananya.

    Sementara itu, Sajat sempat menitipkan doa agar dikurniakan rezeki untuk memiliki kediaman yang lebih baik pada masa hadapan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Perempuan Solehah & Sanggup Hidup Susah Bersama’ – Ina Naim Kongsi Kriteria Bakal Menantu

    Ujarnya, saiz kediaman bukanlah lagi keutamaan sebaliknya apa yang diinginkan hanyalah ruang yang cukup untuk dirinya berteduh dengan rasa tenang.

    Hari ini saya ucapkan selamat tinggal.

    Rumah hanyalah bentuk, tetapi kenangan akan kekal hidup. Insya-Allah, satu hari nanti saya akan memiliki rumah yang lebih baik.

    Tak perlu besar cukup untuk saya berteduh, tenang, dan bahagia. Goodbye, rumah. Terima kasih atas segalanya.

    Sebelum ini, media melaporkan banglo milik usahawan itu yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya, berjaya dilelong pada harga RM3.73 juta.

    Sumber: Instagram Sajat

    The post ‘Sedih Bila Tahu Rumah Ini Telah Dijual Tapi Saya Reda, Mungkin Bukan Lagi Rezeki Saya’ – Sajat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah