Kes perceraian belum menemui titik noktah, suami kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin iaitu Dr Rushdi Ramli memilih untuk sentiasa berlapang dada dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Pernah Henti Buat ‘Live’ Jual Produk Gara-Gara Dilabel Penyondol
Artikel Berkaitan: ‘Selagi Belum Bercerai, Saya Tiada Hak Untuk Menghalau’ – Nora Ariffin
Serah kepada Allah

Rusdi yang ditemui pada prosiding pelantikan wakil hakam di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Rabu berkata, dia masih menaruh harapan agar rumah tangganya kembali bahagia.
Sebagai seorang suami, harapan saya adalah kepada pendamaian. Dalam Islam, saya serahkan segalanya kepada Allah SWT.
Kita serahkan kepada perbincangan hakam, lihat bagaimana hasilnya nanti. Saya berharap masih ada sinar yang diharapkan.
Dr Rusdi telah melantik anak sulungnya, Muhammad Shakir, sebagai wakil hakam, manakala Nora turut melantik anak sulungnya, Mohd Syakir Iman, sebagai wakil hakam.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hubungan dan komunikasi dengan Nora, Dr Rusdi menegaskan dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Kadang-kadang masih perlu berhubung untuk urusan yang tidak dapat dielakkan. Sebagai suami, saya tetap menunaikan tanggungjawab. Tidak boleh abaikan kerana dia masih isteri saya.
Sementara itu, peguam mewakili Dr Rusdi, Azmi Mohd Rais memaklumkan sekiranya kes ini diteruskan, kedua-dua pihak akan melalui proses hakam panel mahkamah.
Insya-Allah kedua-dua hakam keluarga ini akan bertemu dan mengemukakan laporan. Tarikh seterusnya ditetapkan pada 30 September jam 9.30 pagi.
Sekarang sudah sampai ke peringkat hakam keluarga. Selepas ini, jika diteruskan, akan dibawa pula ke hakam panel mahkamah.
Pada 21 April lalu, Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus pelbagai konflik susulan hantaran di Instagram miliknya yang memaparkan video lafaz cerai oleh Dr Rusdi terhadapnya.
Selepas sebulan mengumumkan perceraian itu, Nora memaklumkan beliau dan suami sudah kembali rujuk.
Imbas kembali, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr Rusdi, yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya pada 2021.
Sebelum itu, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
The post ‘Sebagai Seorang Suami, Harapan Saya Adalah Pendamaian’ – Dr Rushdi first appeared on OHBULAN!.





