Perkongsian seorang wanita yang mengakui menyimpan perasaan terhadap rakan sekerjanya yang sudah berstatus suami orang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.
Artikel Berkaitan: Lelaki Berstatus Suami Orang Selamba Curang, Alasan Hantaran Dahulu Murah – ‘Modal Kahwin Dulu RM2,000 Je’
Suka suami orang

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita itu mendakwa mula tertarik dengan lelaki berkenaan kerana sering menerima layanan yang dianggap istimewa daripada lelaki itu.
Saya ada ‘crush’ dekat manager saya, tapi dia dah berkahwin. Dia sangat mengambil berat tentang saya, selalu hantar saya balik rumah dan kadang-kadang bagi saya rasa makanan yang dia masak.
Kadang-kadang rasa macam dia pun sukakan saya sebab perhatian yang dia beri. Pernah sekali kereta saya rosak sebelum nak keluar makan malam. Saya telefon dia dan dia sanggup datang dari Shah Alam ke CS semata-mata nak bawa saya keluar makan.
Menurut wanita itu lagi, dia kini berbelah bahagi sama ada mahu meluahkan perasaan sebenar kepada lelaki berkenaan atau sebaliknya memandangkan individu tersebut sudah mendirikan rumah tangga.
Saya rasa macam nak berterus terang, tapi itulah dia dah berkahwin. Susah juga bila dah terjatuh hati dengan suami orang.
Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang kecaman daripada netizen yang rata-ratanya menasihati wanita itu supaya melupakan perasaan berkenaan dan menghormati status lelaki tersebut sebagai suami kepada orang lain.
Malah, ramai berpendapat layanan baik yang diberikan tidak semestinya membawa maksud lelaki itu mempunyai perasaan istimewa terhadapnya, sebaliknya mungkin sekadar bersikap prihatin sebagai rakan sekerja.
Sumber: Threads
The post Wanita Mengaku ‘Crush’ Suami Orang Di Ofis, Dakwa Dapat Layan Istimewa – ‘Rasa Macam Dia Pun Suka Saya’ first appeared on OHBULAN!.





