31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adinda Sultan Selangor mangkat

    Shopee Sale

    Adinda kepada Sultan Selangor, Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau, di Seksyen 12, di Shah Alam, hari ini.

    Sumber dari Istana Selangor yang mengesahkan perkara itu berkata, Almarhum Tengku Putri Arafiah, 72, mangkat pada kira-kira 10.15 pagi kerana sakit tua.

    “Jenazah Almarhum Tengku Putri Arafiah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk disolatkan selepas solat Jumaat.

    MENARIK:  Gambar bendera terbalik di IPD Seremban pada 2016

    “Majlis pemakaman dijangka disempurnakan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5, di sini,” menurut sumber tersebut.

    Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka berangkat bagi menunaikan solat jenazah di masjid berkenaan.

    Turut dijangka berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah