27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Yang Meminang..Dia Isteri Yang Baik, Tak Pernah Curang Atau Nusyuz’ – Suami Sedih Nora Digelar Penyondol

    Shopee Sale



    Suami kepada penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin, Rushdi Ramli, tampil buat pertama kali memberikan penjelasan mengenai rumah tangga mereka yang menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.

    Kahwin sebab nak bimbing Nora, anak-anak

    Dalam satu hantaran di Facebook, Rushdi memberitahu bahawa perkenalannya dengan Nora telah terjalin sejak sekian lama memandangkan penyanyi itu merupakan isteri kepada rakan baiknya iaitu Allahyarham Johan Nawawi.

    Tidak pernah terlintas langsung dalam fikiran saya untuk mendekati beliau kerana kerjaya kami yang jauh berbeza. Namun, segalanya berubah selepas pemergian arwah Johan.

    Didorong oleh niat murni untuk menjaga,, membimbing, mengajar ilmu dan menjaga anak-anak arwah yang masih di awal usia, disinilah timbulnya keinginan untuk meminang. Hanya Allah swt yang tahu niat saya dan semuanya adalah dengan kehendakNya jua.

    Rushdi juga menegaskan bahawa dia tidak pernah merancang untuk berpoligami, tetapi sebagai hamba Allah, dia akur dengan ketentuan takdir.

    ‘Nora isteri yang baik’

    Dalam pada itu, Rushdi akui kesal dan terkilan apabila pelantun lagu Desa Tercinta itu menerima pelbagai gelaran tidak wajar seperti penyondol, perampas dan sebagainya hanya kerana statusnya sebagai isteri kedua.

    Sedih apabila isteri saya, Nora, turut menerima gelaran seperti itu. Hakikatnya, saya yang meminang beliau, bukan sebaliknya. Nora bukan wanita yang suka mendampingi lelaki yang bukan suaminya.

    Sepanjang perkahwinannya dengan arwah dan juga saya, dia tidak pernah curang/nusyuz. Sepanjang melayari bahtera perkhwinan selama beberapa tahun, rumah tangga kami aman dan bahagia.

    Rushdi juga memuji Nora dan menyifatkan penyanyi itu seorang isteri yang baik selain pandai menjaga aurat dan sentiasa menerima nasihat untuk memperbaiki diri.

    Nora insan yang suka belajar dan mencari ilmu. Sya akui bahawa dari sudut perwatakan dan perangai, Nora tidak ‘over react’ dalam segala hal terutamanya ketika di khalayak ramai.

    Dia menjaga tatasusila, sopan santun, dan sesuai dengan kedudukannya sebagai isteri seorang ustaz serta selebriti bergelar Datuk. Beliau seorang yang mudah mesra dan tidak sombong.

    Saya dapati beliau adalah isteri yang baik, dan saya bersyukur atas takdir yang telah ditentukan oleh Allah.

    Susulan daripada itu, Rushdi berharap pencerahan tersebut dapat menghentikan segala spekulasi dan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya serta keluarga.

    MENARIK:  Erma Fatima Kongsi Realiti Kes Sosial, Kesal Ramai Jijik Drama ‘Keluarga Itu’ – ‘Masih Nak Simpan Bawah Karpet?’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah