
Drama Keluarga Itu mendapat pelbagai kritikan masyarakat namun selaku penulis skrip, Erma Fatima tetap mempertahankan karyanya.
Masalah sosial
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Erma atau nama lengkapnya Fatimah Ramad Ali berkongsi laporan berita mengenai peningkatan kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan.
Pada ruangan kapsyen, Erma menegaskan drama tersebut jelas menggambarkan tentang masalah sosial yang kian parah di negara ini.
Bila aku buat drama ini, awak semua kutuk kata menjijikkan tapi ini realiti di luar sana.
Masih nak simpan bawah karpet? Jiwa orang kita makin sakit.
Tolonglah kerajaan ambil peduli dan cari solusi untuk bantu bendung masalah ini. Menyedihkan.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong usaha yang dilakukan penerbit berusia 58 tahun itu yang mengetengahkan tentang realiti sebenar.
Dalam masa yang sama, mereka turut meminta Erma untuk tetap menghasilkan karya-karya seperti itu bagi membuka mata masyarakat.
Betul sangat, bila kita nak didik masyarakat dikatanya mengaibkan, menjatuhkan maruah, sedangkan kita nak mencelikkan minda masyarakat untuk ambil berat dengan keadaan sekeliling.
Drama ini sangat bagus untuk membuka mata masyarakat kita.
Mereka ini sebenarnya dalam fasa menafikan bahawa dalam masyarakat kita sudah bernanah kes haruan makan anak.
Setuju sangat sebab benda ni betul-betul wujud dalam kalangan rakyat kita, sakit masyarakat kita sekarang.
Terdahulu, Erma dihujani dengan kritikan oleh segelintir pihak serta warganet berikutan drama berkenaan didakwa memaparkan watak yang keterlaluan terutama karakter Iman lakonan Datuk Rosyam Nor.





