28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tidak Melihat Diri Sebagai Penyondol, Dia Ada Cubaan Untuk B*n*h Diri’ – Sarah Yasmine Perjelas Niat Sebenar

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Sarah Yasmine akui dihimpit oleh keadaan tanpa berniat untuk menjadi penyondol rumah tangga selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz.

    Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Dakwa Keluarga Aliff Aziz Tiada Di Kuala Lumpur Ketika Kes Khalwat

    Artikel Berkaitan: ‘Tampil Bercakap Benar Seperti Yang Awak Katakan Kepada Ibu Saya’ – Sarah Yasmine Tuntut Janji Daripada Bella & Didi Astillah

    Sarah Yasmine bagi penjelasan

    View this post on Instagram

    A post shared by Sarah Yasmine (@sarahyasminekh)

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Sarah memaklumkan dirinya tidak dapat mengelak daripada menumpang penyanyi kelahiran Singapura itu di rumahnya.

    Sarah akui tiada kebaikan buatnya untuk memilih Aliff yang masih berstatus suami dan ayah kepada dua orang cahaya mata ketika itu.

    Tambahnya, pertolongan yang diberikan hanyalah atas dasar sifat kemanusiaan kepada keadaan pelantun lagu Sayang Sayang Sayang.

    Pada saya, saya tidak melihat diri saya sebagai penyondol ketika itu. Saya tahu siapa saya.

    Dan memiliki Aliff Azizi ketika itu, saya tidak dapat elak.

    Mari kita fikir secara rasional, kenapa seorang wanita nak bersama dengan lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.

    Apa kebaikannya? Kosong. Yang ada cuma kecaman, hukuman dan dikutuk.

    Orang tanya kenapa simpan Aliff dalam rumah. Saya adalah ibu tunggal, saya ada dua orang anak. Bukan sebab apa, tapi sebab sifat kemanusiaan.

    Berkongsi lebih lanjut, Sarah mendedahkan bahawa Aliff pernah cuba untuk membunuh diri ekoran keadaannya yang dihimpit pelbagai kecaman.

    MENARIK:  Tidak Hanya Kisah Cinta, Tegkang Paparkan Keindahan Bario & Budaya Masyarakat Kelabit

    Selain itu, Sarah mendakwa dirinya menghubungi Bella atas niat untuk memperbaiki kesalahannya sekali gus mengelak daripada perkara yang sama jadi kepadanya kelak.

    Saya tak rasa saya boleh ubah dia. Dia ada cubaan untuk bunuh diri. Korang rasa saya perlu diam saja ke?

    Jangan cakap tentang cinta semata. Saya lebih fikirkan dengan siapa saya akan bersama. Dia serius ketika itu dan keyakinan itu datang dari keluarganya sendiri.

    Saya hubungi Bella Astillah. Niat saya hanya kerana air mata seorang ayah pada anak-anak dia.

    Saya rasa sangat tertekan. Saya hanya cuba nak perbaiki keadaan Aliff dan Bella. Saya bukan seorang yang kejarkan populariti terutama di atas penderitaan orang lain.

    Saya ikhlas. Saya percaya saya boleh betulkan apa yang salah. Saya takut dengan kifarah.

    Terdahulu, nama Sarah menjadi bualan hangat selepas mengakui menjadi kekasih gelap kepada penyanyi, Aliff Aziz yang juga merupakan bekas kepada suami Bella.

    Sumber: Instagram @sarahyasminekh

    The post ‘Saya Tidak Melihat Diri Sebagai Penyondol, Dia Ada Cubaan Untuk B*n*h Diri’ – Sarah Yasmine Perjelas Niat Sebenar first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah