Pelakon, Zed Zaidi meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka apabila seorang penyanyi dan pelakon terkenal didakwa terlibat dalam kes amang seksual membabitkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Buka Aib Orang, Dianggap Hebat..Murah Sangat Maruah? Kasihan Mak Bapak Kau’ – Zed Zaidi
Artikel Berkaitan: Zed Zaidi Kecewa Artis Bila Ada Masalah, Baru Nak Ingat Persatuan?
Tak sangka artis itu

Walau bagaimanapun, Zed yang merupakan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berharap kebenaran dapat ditegakkan memandangkan selebriti tersebut belum didapati bersalah.
Memang saya sangat terkejut dan kita tidak sangka dia yang terbabit. Tapi, itulah dunia sekarang ini, kita tak boleh jangka.
Kadang-kadang orang itu baik, tiba-tiba sebaliknya pula. Kadang-kadang orang ini kita nampak ‘jahat’, tapi sebaliknya. Jadi benda-benda ini, memang sekarang sangat sukar dijangka
Ditambah dengan perkembangan teknologi terutama kecerdasan buatan (AI), itu juga kita takut ia akan jadi satu ancaman kepada selebriti di masa akan datang.
Kena sentiasa berhati-hati

Dalam pada itu, pemilik nama Rozaidi Abdul Jamil ini menasihati mana-mana artis untuk sentiasa berhati-hati dan tidak terlibat dengan sebarang perbuatan yang berkaitan dengan individu di bawah umur.
Sekarang ini, kalau yang membabitkan gangguan seksual dan juga cabul terhadap kanak-kanak serta di bawah umur memang sangat serius.
Pada masa sama, artis kenalah berhati-hati terutama dalam media sosial. Sekarang ini bukan macam dulu dan kadang-kadang tidak boleh nak salahkan artis 100 peratus juga.
Jadi, kita sebagai artis kena berhati-hati dan jangan buat perkara yang pelik-pelik.
Terdahulu, seorang penyanyi yang juga merupakan pelakon terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.
Mangsa mendakwa, mereka telah berkenalan di sebuah kafe tempatnya bekerja.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan memaklumkan kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).
Sumber: Harian Metro
The post ‘Saya Terkejut, Tak Sangka Dia Terlibat Kes Amang Seksual’ first appeared on OHBULAN!.





