Pelakon dan usahawan Fazura, mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut berkenaan dakwaan hutang syarikat dengan pihak pembekal tudung.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Simpati Dengan Fazura, Didakwa Berhutang RM4.65 Juta – ‘Dia Bukan Orang Lain, Ibu Kepada Anak Saya’
Artikel Berkaitan: Fazura Bak Puteri Raja, Busana Kuning Naikkan Seri
Penjelasan Fazura

Ketika ditemui , Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin memaklumkan bahawa dia menyerahkan tentang perkara tersebut kepada pihak peguam dan mahu menyelesaikan segalanya mengikut undang-undang.
Saya rasa, tak perlu saya jelaskan lebih-lebih. Sebab kalau pun saya jelaskan, belum tentu orang akan faham. Jadi, cukup sekadar memahami bahawa saya adalah diri saya, dan syarikat itu entiti berasingan.
Berkenaan dengan apa yang sedang dihadapi oleh syarikat sekarang, saya tidak boleh mengulas. Sama ada melibatkan hutang atau apa pun, saya tak boleh kongsikan sebab perkara itu bersifat sulit dan telah pun diserahkan kepada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya.
Sebenarnya, banyak pihak di luar sana membuat spekulasi, dan mungkin juga ada yang menabur fitnah di merata tempat.
Fazura juga turut mengakui isu tersebut semestinya memberikan kesan terhadap nama baiknya namun sebagai usahawan dia tetap optimis untuk melalui jatuh bangun dalam perniagaan.
Lapan bulan kebelakangan ini, macam-macam yang saya lalui. Jadi, kalau ditanya sama ada saya terkesan, sudah tentu sedikit sebanyak saya rasa juga.
Saya pun manusia biasa yang ada perasaan. Tapi saya faham, itu adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan.
Saya tahu, perniagaan saya bukannya kecil. Saya percaya semua usahawan di luar sana, sama ada lelaki mahupun wanita, faham tentang cabaran-cabaran yang dihadapi apabila kita menjalankan perniagaan
Fazura berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan muzik video single terbaharunya berjudul Luar Biasa yang berlangsung di The Exchange TRX pada Jumaat.
Jaga kesihatan mental

Dalam masa yang sama, aktres berusia 41 tahun tersebut memilih untuk tidak membaca komen-komen negatif yang dilemparkan warganet demi menjaga kesihatan mentalnya.
Sejujurnya, saya memang tak baca media sosial, tak tengok TikTok. Tapi sekarang saya ada tengok Threads.
Alhamdulillah, semuanya bermula daripada peminat juga. Orang tag di Threads, jadi saya masuk.
Saya rasa, Threads ini sangat positif. Memang saya aktif di situ. Tapi Facebook, apatah lagi TikTok, saya memang jarang tengok sekarang.
Komen-komen pun saya tak baca. Malah, orang sekeliling saya pun tahu, mereka tak berikan sebarang info kepada saya sebab saya tak nak tahu.
Menurut pelantun lagu Sayangi Dirimu itu, tumpuan hidupnya kini adalah untuk cahaya mata tercinta, Nur Fatima Aisya.
Saya memang menjaga kesihatan mental saya. Saya nak hidup dengan tenang. Saya nak gembira, dan saya nak terus fokus kepada kerjaya, perniagaan dan membesarkan anak saya.
Anak saya, dialah permata hati saya. Jadi, itulah yang paling penting dalam hidup saya sekarang.
Apa-apa berita, gosip, atau fitnah, saya memang tak ambil tahu. Alhamdulillah, saya tenang dan ingin terus begini.
Terdahulu, Fazura didakwa berhutang sebanyak RM4.65 juta dengan syarikat pengilang tudung, Obor Holding Sdn Bhd.
Menurut pihak Obor Holding Sdn Bhd iaitu selalu pemilik kilang Feline Malaysia mendakwa syarikat Pink Fate Sdn. Bhd. yang sinonim dengan Fazura telah dibekalkan tudung dengan nilai RM7.3 juta sejak Jun 2022.
Bagaimanapun, pihak Pink Fate hanya membayar RM2,680,167.90 dari jumlah tersebut.
Syarikat terbabit juga memaklumkan bahawa mereka sukar untuk mengutip bayaran berkenaan sejak Disember 2023.
The post ‘Saya & Syarikat Adalah Entiti Berasingan’ – Fazura first appeared on OHBULAN!.





