25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Seorang Hafizah, Tak Boleh Baca Surah Gagap & Nampak Canggung’ – Nad Zainal

    Shopee Sale

    Pelakon, Nad Zainal mendedahkan cabaran terbesar membawakan watak Fateha dalam telefilem Sujudku adalah untuk menghafal beberapa surah al-Quran.

    Artikel Berkaitan: ‘Sujudku’ Papar Kisah Wanita Mukminah Diuji Dalam Diam

    Cabaran hafal surah

    Nad atau nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin, 35, berkata, dia perlu memastikan bacaan dan tajwidnya betul selari dengan watak yang dimainkannya iaitu seorang Hafizah.

    Cabaran saya dalam telefilem Sujudku adalah untuk menghafal surah. Watak saya merupakan seorang Hafizah, tak boleh lah nak baca surah dalam keadaan gagap. Mesti ada taranum dan tak boleh kelihatan canggung.

    Waktu dapat skrip itu saya terkejut juga pada awalnya apabila tahu saya seorang Hafizah. Saya mula-mula terfikir patut atau tidak ambil tawaran itu, akhirnya saya terima juga.

    Mengakui masih tidak sempurna cara bacaan, Nad bagaiamanapun berkata, dia sudah melakukan yang terbaik.

    Alhamdulillah, beberapa babak mengaji dan baca surah saya berjaya lakukan, walaupun bacaan saya tidaklah sempurna. Saya sudah cuba sehabis baik.

    Tambah Nad, dia tidak mengambil sebarang kelas bacaan al-Quran, sebaliknya melakukan insiatif sendiri untuk menghafal dan memperbetulkan cara bacaan.

    Skrip agak lambat saya terima, untuk ‘full preparation’ macam susah. Jadinya saya susun betul-betul masa sendiri untuk belajar cara bacaan surah.

    Saya belek skrip, babak yang kena baca surah lambat lagi, jadi ada masa untuk saya hafal. Memang sedikit tekanan, tapi semuanya dipermudahkan.

    Diterbitkan oleh Layar Consult Sdn Bhd, telefilem ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Nad Zainal (Fateha), Faezah Elai (Nurul Ain), Lisdawati (Rahila), Raja Atiq Azman (Hanzalah), Kodi Rasheed (Marwan) dan Adik Firman sebagai Nukman.

    MENARIK:  Linda Hashim Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Ada Empat Laporan Polis & Tiga Laporan Kesihatan

    Sujudku menggunakan pendekatan penceritaan yang realistik, jujur dan meninggalkan kesan mendalam tentang bagaimana sujud menjadi bentuk tertinggi penyerahan seorang hamba.

    Saksikan Sujudku pada Ahad, 6 Julai 2025, jam 9.00 malam hanya di TV AlHijrah.

    The post ‘Saya Seorang Hafizah, Tak Boleh Baca Surah Gagap & Nampak Canggung’ – Nad Zainal first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah