Perbicaraan kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk pasangan pempengaruh, Marissa Dania dan Aslam yang berjalan selama lebih kurang satu jam pada hari ini dilaporkan telah selesai.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Kini Dalam Proses Berpisah, Berikan Sedikit Ruang’ – Marissa Dania
Aslam & Marissa masih suami isteri

Ketika ditemui , peguam syarie yang mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata kedua-dua pihak telah memberikan keterangan pada hakim.
Bagaimanapun, Muhammad Ammar Yaser enggan mengulas lanjut mengenai status pernikahan anak guamnya dan masih menunggu keputusan daripada mahkamah.
Alhamdulillah perbicaraan selesai. Insya-Allah doa yang baik-baik.
Masih suami isteri atau pun tidak, selagi mana mahkamah tak putuskan apa-apa, status itu kekal.
Kalau tiada keputusan lagi, kena tunggu apa yang mahkamah putuskan.
Muhammad Ammar Yaser berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini.
Dalam pada itu, Muhammad Ammar Yaser mengesahkan tiada permohonan baharu yag difailkan oleh Marissa kepadanya.
Keputusan bagi kes itu akan ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
Bagaimanapun, tarikh itu tidak dimaklumkan atas permintaan plaintif dan defendan.
Sebelum ini, Marissa bersama suaminya, Ahmad Aslam hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan perkahwinan mereka.
Difahamkan, Aslam telah melafazkan cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya sebanyak dua kali.
Lafaz cerai pertama berlaku pada September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan sama.
Namun, pada April 2025, Aslam sekali lagi melafazkan cerai sebelum mereka dilaporkan rujuk semula pada Jun.
The post ‘Perbicaraan Selesai, Status Aslam & Marissa Tunggu Mahkamah Putuskan’ – Peguam first appeared on OHBULAN!.





