27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Sangat Hargai Perjalanan Muzik Saya Telah Jadi Sebahagian Kisah Hidup Peminat’ –  Afgan

    Shopee Sale

    Penyanyi popular Indonesia, Afgan menyorot perhatian menerusi Afgan Retrospektif Showcase bersempena pelancaran album terbaharu yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember 2025 di Zepp Kuala Lumpur.

    Artikel Berkaitan: ‘Kacamata’ Mewakili Era Lagu-Lagu Pop Afgan – ‘Single Ini Amat Tepat Untuk Buka Tirai Album Baharu’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Afgan Kongsi Ciri Calon Isteri, Nak Wanita Kelakar – ‘Kalau Serius Nanti Jadi Bosan’

    Showcase di Malaysia

    Menurut Afgan, pemilihan judul Showcase kali ini mencerminkan perjalanan hidup dan kerjayanya sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini.

    Makna Retrospektif bagi saya adalah momen untuk melihat kembali apa yang sudah terjadi di masa lalu, menjadikannya bahan pelajaran untuk terus berkembang sebagai manusia yang lebih baik.

    Album baharu ini benar-benar mewakili idea itu. Saya melihat kembali perjalanan hidup saya beberapa bulan terakhir, belajar daripada peningkatan yang terjadi, dan akhirnya lahirlah album ini.

    Album ini ibaratnya saya kembali ke genre yang telah membesarkan nama saya, iaitu Indonesian Pop. Sudah lama saya tidak menghasilkan karya seperti ini. Jadi, Retrospektif terasa sangat tepat sebagai judul dan sebagai sebuah titik balik dalam kerjaya saya.

    Dalam pada itu, Afgan menyifatkan Malaysia sebagai rumah keduanya sekali gus berbangga untuk berkongsi lagu-lagu baharu secara langsung buat pertama kali.

    Selain di Indonesia, Malaysia memang sangat istimewa buat saya. Sokongan peminat di sini luar biasa dan saya ingin mereka turut merasai perjalanan baharu saya melalui album ini. Itu sebabnya saya mahu mengadakan showcase di Malaysia. Saya sangat teruja untuk berkongsi lagu-lagu baharu secara langsung buat pertama kali di sini.

    Kali ini saya ingin suasana yang lebih kasual dan intim. Muzik dalam album ini lebih organik dan ‘raw’, jadi saya rasa Zepp adalah tempat yang sangat tepat untuk menghadirkan pengalaman muzik itu secara jujur dan dekat dengan peminat.

    Sementara itu, Afgan menyatakan bahawa setiap persembahan akan disusun dengan susunan muzik asal agar peminat di Malaysia dapat menikmati pengalaman pertama mendengarnya secara langsung.

    Insya-Allah saya akan memberikan persembahan terbaik. Saya mahu setiap lagu ini memberi makna dan memori tersendiri kepada peminat di Malaysia kerana ia adalah kali pertama mereka mendengar karya ini secara langsung.

    Saya sangat menghargai bahawa perjalanan muzik saya telah menjadi sebahagian daripada kisah hidup peminat di sini, sama ada di saat bahagia atau saat sedih. Apa yang paling berharga adalah ketika lagu-lagu saya mampu memberi kekuatan untuk peminat menghadapi kehidupan dengan penuh optimis dan positif. Itu adalah penghargaan terbesar buat saya.

    Sambutan luar biasa

    Menurut wakil penganjur Renjana Idea, Azlina, pihaknya meluahkan rasa syukur dan terima kasih atas sokongan luar biasa yang diterima sejak jualan tiket dibuka pada 1 Oktober lalu.

    Sambutan yang kami terima sangat positif dan pantas. Ia menunjukkan betapa besarnya pengaruh Afgan serta keterujaan peminat untuk menyaksikan persembahan istimewa ini. Kami amat berterima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus.

    Selain itu, showcase ini bakal menjadi malam bersejarah buat peminat Afgan yang menjadi tulang belakang sejak kemunculannya dalam industri muzik.

    Selain lagu dalam album Retrospektif, Afgan akan membawa penonton menyelusuri perjalanan seninya melalui lagu-lagu ikonik yang pernah menjadi siulan ramai. Kami mahu showcase ini menjadi sebuah malam penuh makna dan memori buat semua peminatnya.

    Tiket Afgan Retrospektif Showcase boleh didapati di dengan harga bermula daripada RM358 hingga RM1,398 mengikut kategori tempat duduk.

    MENARIK:  ‘Campak Bintang’ Buah Tangan Terbaharu M.Nasir & Faizal Tahir, Satukan Pop Dengan Warisan Budaya Melayu

    Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, peminat boleh mengunjungi laman web atau media sosial rasmi Renjana Idea.

    The post ‘Saya Sangat Hargai Perjalanan Muzik Saya Telah Jadi Sebahagian Kisah Hidup Peminat’ –  Afgan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah