Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad meluahkan rasa terkejut apabila mengetahui anak sulungnya, Nayla Mikayla didakwa mempunyai kekasih hati.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Ahmad Kongsi Madrasah Dijangka Bina Tahun Depan, Kos Cecah Hampir RM500,000
Artikel Berkaitan: Nabil Ahmad Berhasrat Jadikan Rumah Di Kampung Sebagai Madrasah
Terkejut

Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad, 42, berkata dia tidak tahu mengenai perkara itu dan menegah Mikayla atau lebih mesra disapa Mika memulakan hubungan cinta pada usia yang muda.
Saya ada dengar mengenai perkara itu tapi tidak pernah lihat video itu lagi.
Isteri saya ada beritahu Mika ada berkawan dengan seseorang.
Untuk saya, dia baru berumur 13 tahun dan belum sampai masanya lagi (bercinta), kalau ada pun mungkin cinta monyet.
Nabil berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 20 Anugerah MeleTOP ERA 2025 (AME2025) di Astro Bukit Jalil pada Selasa.
Kata Nabil, sejak beberapa hari yang lalu dia sering menerima usikan tentang bakal menerima menantu tetapi tidak mengetahui konteks gurauan itu.
Orang yang jumpa saya tiba-tiba cakap tahniah sebab dapat menantu.
Saya pelik juga sebab bila masa pula saya merisik? Tetapi rupanya pasal video ini.
Saya ada tanya isteri saya, tetapi dia pun tidak tahu.
Mencabar didik anak

Nabil yang menyedari cabaran mendidik anak pada ini berkata dia mengambil pendekatan yang pernah dibuat oleh arwah bapanya.
Mika hanya dibenarkan untuk guna telefon pintar pada hari minggu sahaja iaitu Sabtu dan Ahad. Manakala, Isnin hingga Jumaat dia tidak dibenarkan untuk pegang telefon pintar.
Saya beri Mika guna hari minggu sebab tidak mahu dia ketinggalan tentang perkara yang berlaku di sekolah tetapi sekarang sudah terlebih jadi.
Menurut Nabil, dia tidak pernah menghalang anaknya untuk berkawan namun mereka perlu berada di bawah pemantauannya dan juga isteri.
Sebelum ini, tular sebuah video yang dimuat naik seorang invidu yang memaparkan gelagat mesra bersama Mikayla.
The post Nabil Ahmad Halang Anak Bercinta Pada Usia Muda – ‘Mika Baru 13 Tahun, Belum Sampai Masanya Lagi’ first appeared on OHBULAN!.





