Pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak sekali lagi menyeru pihak stesen televisyen yang berhutang dengannya melunaskan bayaran tertunggak sebanyak RM18,000 secepat mungkin.
Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Tuntut Stesen TV Langsai Hutang RM18,000 Segera! – ‘Abah Saya Hidap Kanser Usus, Ini Kecemasan’
Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Mohon Stesen Televisyen Lunaskan Baki Bayaran – ‘Saya Perlukan RM18,000 Itu’
Merayu kepada pihak TV

Menerusi satu hantaran di Instagram, pemilik nama sebenar Mohammad Amirullah Azmi, 36, memaklumkan bahawa wang tersebut amat diperlukan ketika ini bagi menampung kos keperluan harian serta rawatan dan ubat-ubatan untuk bapanya yang sedang sakit.
Sebab saya tengah memerlukan hak saya yang seolah seperti dinafikan.
Saya nak pakai duit tu untuk beli pampers, susu, stoma bag, ubat-ubat, kos-kos lain yang berkait juga.
Sementara itu, mengulas cadangan orang ramai agar membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang, Amir menjelaskan bahawa langkah tersebut telah banyak kali diambil oleh individu lain yang turut menjadi mangsa tunggakan bayaran.
Namun begitu, tindakan tersebut belum membuahkan hasil kerana pihak terlibat tidak menunjukkan sebarang reaksi dan bayaran yang dijanjikan masih belum dilunaskan.
Dah berpuluh report dari orang lain yang masih sangkut payment dengan dia, yang dah di buat
Mengikut info yang saya terima, dah banyak surat lawyer yang dah di hantar pada dia sebenarnya
Lepas tu apa yang terjadi selepas semua tu dah dibuat sebelum-sebelum ni lagi? Dia masih duk kat rumah, shopping, bercuti lagi tuan-tuan dan puan-puan.
Terdahulu, sebuah stesen televisyen didakwa berhutang dengan beberapa individu termasuk selebriti tempatan.
Tuntut hak
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Amir Raja Lawak
The post ‘Saya Nak Pakai Duit Untuk Beli Pampers, Susu & Stoma Bag Ayah’ – Amir Raja Lawak Merayu Stesen TV Lunaskan Hutang RM18,000 first appeared on OHBULAN!.





