
Selebriti versatil, Alif Satar mendedahkan sudah 10 tahun dirinya menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga tercinta di Kuala Lumpur.
10 tahun beraya di KL
View this post on Instagram
Sungguhpun begitu, pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar memaklumkan dia akan sentiasa memastikan anak-anaknya merasai momen menyambut Aidilfitri seakan di kampung halaman.
Saya memang ‘team raya KL’ sebab dah 10 tahun dah beraya di sini.
Selaku anak lelaki sulung saya memang akan tidur di rumah ibu saya pada malam raya pertama dan kedua.
Ditambah pula tahun ini akan beraya di rumah baharu tapi saya akan buatkan suasana itu seperti di kampung.
Walaupun beraya di KL, anak-anak tahu saja yang kami masih ada keluarga di Pulau Pinang dan kadang-kadang itu akan ziarah juga keluarga di Kulim.
Alif berkongsi perkara tersebut ketika pelancaran kempen raya Hong Leong Bank di mana dia bertindak sebagai duta syarikat kewangan berkenaan bertempat di Sofitel Kuala Lumpur, Damansara, baru-baru ini.
Rutin beraya di KL

Ketika ditanya apakah rutin sepanjang beraya di Kuala Lumpur, pelantun lagu ‘Cukup Indah’ ini berkata, dia akan menyambut kedatangan tetamunya yang turut menyambut Aidilfitri di ibu kota.
Kalau beraya di KL selalunya rutin saya adalah akan dimeriahkan dengan kehadiran rakan ke rumah.
Macam raya pertama tahun lepas, Faizal Tahir datang beraya dan rumah saya diibaratkan macam ‘headquarters’ untuk rakan-rakan lain juga datang beraya.
Kiranya setiap kali raya saya akan menyambut kedatangan tetamu.
Berkongsi lanjut, Alif memaklumkan bahawa meskipun dia bercuti panjang sepanjang Aidilfitri tahun ini, dia tetap perlu menguruskan perniagaan perkhidmatan kuriernya yang bertempat di Makkah, Saudi Arabia.
Untuk raya tahun ini saya akan bercuti panjang tetapi selain bidang hiburan saya juga jalankan perniagaan perkhidmatan kurier di Saudi Arabia.
Ditambah pula musim haji hanya beberapa bulan saja lagi dan sekarang memang sibuk jadi perlu berikan perhatian lebih kepada perniagaan di sana.
Perkara itu sangat mencabar tetapi itulah kalau saya ‘bercuti’ dalam bidang hiburan, saya tetap ada perkara lain yang perlu dibuat.
Walaupun cuti panjang tapi tetap kerja.





