Doktor pakar kecantikan, Hana Rose, menzahirkan rasa syukur atas rezeki memiliki seorang pasangan yang menghargai dirinya selepas melalui episod pahit dalam percintaan suatu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: Dr Hana Rose Serahkan Persiapan Kahwin Kepada Bakal Suami, Sifatkan Pablo Sebagai Lelaki Setia – ‘Cinta Dia Sangat Besar’
Artikel Berkaitan: Pablo Amirul & Dr Hana Rose Sah Jadi Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz
Sebak melihat kebahagiaan
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Dr Hana berkongsi ucapan daripada seorang pengikut yang terharu melihat kebahagiaan yang dimilikinya kini.
Tambah individu terbabit, dia turut mendoakan agar perkahwinan Dr Hana dan pasangannya sentiasa utuh serta berkekalan hingga ke akhir hayat.
Kenapa rasa terharu sangat. Semoga hubungan kalian sebagai suami isteri kekal sehingga syurga.
Semoga perkahwinan ikat kukuh ya.
Dalam pada itu, Dr Hana menyifatkan dirinya masih wanita yang sama seperti dahulu, namun kini berdiri di sisi seorang insan yang benar-benar menerima dan menghargainya seadanya.
Alhamdulillah, jika dahulu menyaksikan bagaimana berakhir pahit cinta saya, kini menjadi saksi bahagia cerita cinta saya.
Saya masih orang yang sama, tapi di tangan lelaki yang tepat.
Baik dijaga seperti ratu.
Pilih pasangan yang menghargai dan manja awak tidak dianggap berlebihan.
Sekafar info, pelakon Pablo Amirul sah bergelar suami kepada pakar estetik, Dr Hana Rose, dengan hanya sekali lafaz pada 2 Februari yang berlangsung di The Dove Hall, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Dr Hana sebagai wali dengan Datuk Seri Dr Hasrul Sani bertindak sebagai jurunikah, manakala abang pengantin perempuan, Datuk Dr Awang Faisal, turut menyaksikan akad nikah.
Sumber: Instagram @drhanarose
The post ‘Saya Di Tangan Lelaki Yang Tepat, Baik Dijaga Seperti Ratu’ – Dr Hana Rose first appeared on OHBULAN!.





