30.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Bukan Pandai Agama, Tapi Saya Anggap Ini Hadiah Untuk Suami’ – Zila Bakarin

    Shopee Sale

    Pelakon, Zila Bakarin berkongsi pengalaman apabila suaminya, Azri Azhar, pada awalnya terkejut melihat dirinya mula berhijab sehingga beberapa kali bertanya sama ada keputusan itu benar-benar serius.

    Artikel Berkaitan: ‘Aisha Retno Artis Jimat Kos, Tak Perlu Pereka Fesyen..Capai Apa Yang Boleh’ – Zila Bakarin

    Artikel Berkaitan: Kurang Tawaran Berlakon, Zila Bakarin Mahu Ceburi Bidang Perniagaan – ‘Nak Cuba Nasib Demi Kelangsungan Hidup’

    Hadiah buat suami

    Menerusi satu perkongsian video, pemilik nama Rosmawati Bakarin, 51, memaklumkan bahawa suaminya berulang kali memandangnya dan bertanya selepas dia tampil bertudung, malah perkara itu berlarutan selama beberapa hari.

    Hari saya pakai tudung itu, saya balik lambat.

    Tiba-tiba dia tengok TV, lepas saya balik, dia pandang saya dan tanya, ‘Seriuslah?’

    Masa itu saya dah pakai tudung, keluar dengan anak pun pakai tudung.

    Suami saya masih asyik bertanya, ‘Seriuslah? Serius?’, sampai tiga hari dia ulang benda yang sama.

    Menurut Zila, keputusan untuk berhijab hadir secara tiba-tiba dan lahir daripada rasa kasih sayang terhadap suami serta niat untuk berubah ke arah yang lebih baik, malah disifatkan sebagai hadiah buat pasangan hidupnya.

    Bagi saya, tak apa lah, nanti di akhirat, biarlah Allah tanya benda lain.

    Tidak ada soalan yang berkaitan dengan, ‘Kenapa kau tak suruh bini kau pakai tudung? Kenapa kau tak suruh bini kau berubah, bertaubat?’

    Soalan itu tak akan keluar lagi dah untuk saya.

    Saya dah selamatkan suami saya.

    Sebab saya sayang suami saya.

    Saya ini bukan pandai agama, tapi saya macam, ‘Tak apa lah, ini hadiah’.

    Maksudnya, inilah hadiah saya untuk suami saya, sebab saya terlalu sayangkan suami saya.

    Saya sayang suami saya, sampai saya cakap, ‘Tak apa lah, kalau ini yang boleh membawa dia ke arah yang baik, why not?’

    Tambah Zila lagi, suaminya turut menitipkan pesanan agar dia menjaga pemakaian tudung dengan sempurna, termasuk tidak memakai pakaian yang terlalu singkat atau ketat.

    Dah start pakai tudung, suami saya cuma minta, kalau boleh bila pakai tudung, jangan singkat, jangan nampak bentuk body.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  Mickey Ayo Sokong Aedy Ashraf, Beri 1,000 Tiket Filem Tarung Percuma – ‘Aku Belanja Mereka Yang Nak Tengok Hasil Tangan Kau’

    The post ‘Saya Bukan Pandai Agama, Tapi Saya Anggap Ini Hadiah Untuk Suami’ – Zila Bakarin first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah