Pelawak, Amir Raja Lawak mengucapkan tahniah kepada pelakon legenda tanah air, Eman Manan yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) sekali gus bergelar Dato’.
Artikel Berkaitan: Eman Manan Bergelar Datuk, Dianugerah Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Keadaan Bapa Saya Makin Uzur’ – Amir Raja Lawak Harap Isu Tunggakan Bayaran Selesai Dengan Baik
Selayaknya dapat
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Amir berkata pelakon veteran itu sememangnya layak untuk mendapat gelaran tersebut sebagai pengiktirafan terhadap jasa dan pengorbanannya dalam mewarnai industri seni tanah air.
Alhamdulillah. Ini baru betul selayaknya dapat Dato’.
Tahniah Dato’ Eman Manan.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya turut bersetuju dengan Amir.
Melihat kepada hasil kerja serta pelbagai anugerah yang diraihnya, netizen sependapat bahawa Eman sememangnya layak menerima gelaran itu.
Sebelum ini, media melaporkan Eman Manan atau nama sebenarnya, Abdul Manan Embong antara penerima darjah kebesaran negeri yang mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau dalam bidang seni serta industri lakonan tanah air.
Sumber: Threads
The post Amir Raja Lawak Ucap Tahniah Kepada Eman Manan Atas Gelaran Datuk – ‘Ini Baru Betul Selayaknya Dapat’ first appeared on OHBULAN!.





