34.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Eman Manan Bergelar Datuk, Dianugerah Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu

    Shopee Sale

    Sempena ulang tahun keputeraan Sultan Terengganu yang ke-64, pelakon legenda tanah air, Eman Manan dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.).

    Artikel Berkaitan: ‘Langit 2 Warna’ Arahan Erma Fatima Berjaya Buat Eman Manan Rasa ‘Ghairah’

    Artikel Berkaitan: Eman Manan Tidak Letak Had Umur, Berhasrat Mahu Berlakon Sampai Hujung Nyawa – ‘Karya Ini Tidak Melanggar Pantang Larang’

    Gelaran Dato’

    Gambar: BERNAMA
    Gambar: BERNAMA

    Memetik Harian Metro, penganugerahan ini menyaksikan pemilik nama sebenar Abdul Manan Embong itu kini secara rasminya membawa gelaran Dato’. 

    Difahamkan, pengiktirafan tersebut diberikan sebagai menghargai jasa serta sumbangan besar Eman dalam memartabatkan industri seni dan lakonan tanah air.

    MENARIK:  Tajuk: IJM Land Menghasilkan Filem Pendek Raya Unik, "Rindu-rinduan Anak Bulan"

    Anugerah itu sekali gus meletakkan nama Eman sebaris dengan penerima darjah kebesaran negeri Terengganu yang lain.

    Untuk makluman, Eman antara barisan pelakon yang paling awal mewarnai industri seni tanah air menerusi pelbagai watak dalam drama, filem dan karya televisyen sepanjang kerjayanya.

    Untuk rekod, Eman telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Film Malaysia (FFM) sebanyak tiga kali, termasuk menerusi filem pertamanya, Matinya Seorang Patriot (1984), Bintang Malam (1991), dan Buai Laju-Laju (2004).

    Sumber: Harian Metro

    The post Eman Manan Bergelar Datuk, Dianugerah Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Terengganu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah