34.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jennifer Hubner Jadi Sasaran Kecaman Kerana Memandu Untuk Suami – ‘Aku Disuruh Lari’

    Shopee Sale

    Personaliti Indonesia, Jennifer Hubner mendedahkan dirinya ditegur netizen susulan tindakannya yang memandu untuk suami sendiri, Justin Hubner.

    Artikel Berkaitan: Jennifer Coppen & Suami Cetus Perdebatan, Minum Minuman Keras Atau Air Sparkling?

    Artikel Berkaitan: ‘Justin Buat Saya Jadi Diri Sendiri, Sabar Hadap Trauma & Setiap Duit Gaji Dibelanja Kepada Kami’ – Jennifer Coppen

    Memandu untuk suami

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Jennifer meluahkan rasa hairan apabila tindakannya itu menjadi perhatian dan mengundang kecaman warganet.

    Menurut Jennifer, sebelum ini dia juga pernah menjadi sasaran netizen susulan caranya menzahirkan kasih sayang terhadap suami yang dianggap berlebihan.

    Namun, Jennifer sekali lagi menjadi perhatian apabila tindakannya memandu untuk suami yang masih belum memiliki lesen turut dipersoalkan netizen.

    Sebelum ini kena marah dengan netizen sebab terlalu sayang dekat suami sendiri.

    Sekarang kena kecam pula sebab memandu untuk suami sendiri.

    Jelas Jennifer, lesen memandu suaminya masih dalam proses dan mereka juga tidak dapat mengambil lesen berkenaan ketika berada di Belanda.

    MENARIK:  Warga Emas Didakwa Songlap Duit Orang, Berusaha Lari Selepas Diminta Kembalikan RM9,000

    Selain itu, Jennifer turut mendedahkan antara teguran yang diterimanya daripada netizen termasuk menyarankan dirinya mencari pasangan yang lebih bertanggungjawab.

    Lesen memandu suami belum siap. Dekat Belanda tak boleh ambil lesen.

    Aku disuruh lari pula sebab drive suami sendiri.

    Sumber: Threads @jenniferhubner

    The post Jennifer Hubner Jadi Sasaran Kecaman Kerana Memandu Untuk Suami – ‘Aku Disuruh Lari’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah