30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Asyallie Kongsi ‘Struggle’ Nak Kekal Cantik – ‘Kena Mula Dengan Kebersihan & Perangai’

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan Asyallie berkongsi pandangan mengenai rutin penjagaan diri yang diamalkannya bagi memastikan penampilan sentiasa terjaga.

    Artikel Berkaitan: ‘Sedih Bila Ada Bandingkan EXO & BTS, Tak Perlu Puji Satu Kumpulan Dengan Cara Merendahkan Yang Lain’ – Asyalliee

    Artikel Berkaitan: Asyalliee Nafi Dakwaan Jadi Kaki Buli Di Sekolah – ‘Tunjukkan Diri Kamu Wahai Pemfitnah’

    Penjagaan diri

    Menerusi perkongsian di Threads, Asyallie berpendapat bahawa usaha untuk mengekalkan kecantikan memerlukan disiplin dan tidak boleh dilakukan secara sambil lewa.

    Menurutnya, walaupun pulang ke rumah pada lewat malam dia tetap akan memastikan rutin kebersihan diri diselesaikan terlebih dahulu sebelum tidur.

    Nak kekal cantik memang kena rajin, tak boleh malas langsung.

    Walaupun balik rumah lambat pukul dua pagi tetap kena mandi, gosok gigi dan floss. Bersihkan solekan dan diikuti lima langkah penjagaan kulit.

    Penjagaan rambut pun sama, dan selepas itu penjagaan badan pula.

    Walaupun mata dah tak boleh buka dah, semuanya kena diuruskan sebelum tidur.

    Dalam pada itu, Asyallie turut berpendapat bahawa kecantikan luaran perlu disertai dengan keperibadian yang baik kerana penampilan semata-mata tidak mencukupi.

    Sebab nak kekal cantik, kena bermula dengan kebersihan dulu dan perangai pun kena seiring juga.

    Sumber: Threads @asyalliee

    MENARIK:  Iqram Dinzly Didakwa Sudah Nikah, Bakal Buat Resepsi Bulan Sembilan Dekat Kelantan?

    The post Asyallie Kongsi ‘Struggle’ Nak Kekal Cantik – ‘Kena Mula Dengan Kebersihan & Perangai’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah