28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saranan Isteri Saya: Elakkan Babak Berbahaya seperti Terjun Bangunan – Fadlan Hazim

    Shopee Sale



    Fadlan Hazim

    Pelakon, Fadlan Hazim mengakui kehidupanya banyak berubah selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan isteri, Aiya Mukhamedsalova.

    Kehidupan berubah

    Fadlan Hazim

    Menurut Fadlan, kehidupannya kini lebih teratur berbanding ketika hidup bujang dan mengakui dia yang sebelum ini sangat tegas sudah berubah menjadi semakin lembut disebabkan kasih sayang yang diberikan isteri.

    Buat masa sekarang, alhamdulillah. Segalanya penuh dengan keberkatan. Bila hidup penuh keberkatan, semuanya berjalan dengan lancar.

    Bangun tidur pun gembira, ada orang jaga, pakaian pun terjaga, makanan pun ada yang jaga. Hati saya sekarang pun lebih lembut. Sebelum ini macam tegas sikit.

    Sekarang masih tegas tapi selepas ada isteri, ada orang curah kasih sayang, layan kita kita pun jadi makin lembut la.

    Dalam pada itu, bercakap tentang lakonan, Fadlan berkata dia tidak meletakkan sebarang syarat selepas bergelar suami. Namun, isterinya menasihati agar tidak melakukan babak berbahaya dalam mana-mana naskhah.

    Sebenarnya saya tak meletakkan banyak syarat, yang penting menjaga batas dan tidak melebih-lebih dengan pelakon heroin. Alhamdulillah, isteri pun faham.

    Isteri saya okay saja tapi satu saja dia pesan, jangan buat babak yang melibatkan nyawa la seperti terjun bangunan ke. Lepas ini boleh buat, tapi beritahu dia, mungkin kena marah sikit.

    Untuk rekod, Fadlan mendirikan rumah tangga dengan wanita Kazakhstan bernama Aiya Mukhamedsalova pada 16 July 2023 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

    MENARIK:  Mengapa Aliff Membongkar Aib Saya Jika Masih Mencintai - Bella Astillah

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah