Pasangan Fattah Amin dan Amira Othman meraih pujian dengan keperibadian yang merendah diri sepanjang keberadaan mereka di Switzerland.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Terlalu Suka Doa Ibu Bapa, Sangat Bermakna’ – Amira Othman
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Setiap Helaian Takdir Terukir Kisah Kita’ – Fattah Amin Coret Puisi Cinta Buat Amira Othman
Tak cerewet

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna yang merupakan ‘tour guide’ meluahkan rasa kagum terhadap Fattah dan Amira yang tidak cerewet.
Ujarnya, pasangan ini tiada masalah untuk mengelilingi Switzerland dengan menaiki bas.
Sebagai seorang yang ulang alik bawa kumpulan pergi Switzerland, boleh cakap mereka ini santai pergi honeymoon.
Duduk rumah penginapan pun biasa saja. Kawan saya kata, mereka tiada masalah naik bas di sana.
Saya bawa client pun mereka tak pernah naik bas di Switzerland. Kalau ditaja lagi la, kadang-kadang nak yang sempurna.
Hidup bersederhana




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keperibadian Fattah dan Amira yang mengekalkan gaya hidup bersederhana walaupun kewangan dianggap lebih daripada mampu. Selain itu, warganet turut mendoakan agar pasangan ini sentiasa diberkati dan berkekalan selamanya.
Sumber: Threads @faryhayakob
The post ‘Santai, Tiada Masalah Naik Bas Di Switzerland’ – Fattah Amin & Amira Othman Dipuji ‘Tour Guide’ first appeared on OHBULAN!.





