
Mendirikan solat adalah ibadah wajib yang perlu dilaksanakan oleh setiap Muslim. Namun, sebagai seorang manusia, kita takkan pernah lari dari khilaf meninggalkan solat.
Penjelasan hukum
CARA QADAR SOLAT YG DITINGGALKAN 10 TAHUN LEPAS #ustazazharidrus #solat #qadarsolat #ceramahislam #bukukhusyuksolat
? Music Islami – R22 Music
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan berkenaan hukum menggantikan solat fardhu dan solat sunat.
Hukum ganti solat bergantung kepada jenis solat. Kalau solat wajib, wajib ganti. Kalau solat sunat, sunat ganti.
Contohnya tertinggal solat witir, kemudian bila bangun pagi baru teringat, dibolehkan untuk qada solat witir. Walaupun solat witir itu malam, namun qada di siang hari, rukunnya sah.
Jika tertinggal solat fardhu, wajib untuk qada. Cuma solat Jumaat sahaja tidak qada solat Jumaat tetapi qada solat Zohor.
Cara solat qada

Dalam masa yang sama, pendakwah berusia 60 tahun tersebut turut menerangkan berkenaan cara mengerjakan solat qada.
Cara solat sama sahaja tetapi waktu mengerjakan solat tidak sama.
Solat fardhu biasa kena tunggu masuk waktu solat, manakala solat qada tidak perlu tunggu masuk waktu.
Contohnya, lepas solat Subuh boleh qada solat Zohor. Kerana waktunya sudah habis, maka bebas untuk qada pada apa waktu sekalipun. Tidak ada turutan waktu.





