
Samsung kembali dengan siri flagship terbaru mereka, Galaxy S25, dan kali ni ada satu warna yang buat ramai orang tak senang duduk – Mint Green! Warna yang fresh, aesthetic, dan nampak extra premium.
Tapi… adakah rupa je lawa, atau specs pun power? Jom baca review first impression Galaxy S25 Mint ni!
Rekaan: Slim, Ringan & Classy Gila!
Bila first time pegang, satu je dalam kepala – “Eh, ni memang flagship ke?” Sebab dia super ringan (hanya 167g) dan ramping gila dengan ketebalan 7.6mm je. Samsung guna Armor Aluminum 2, memang tahan lasak dan lebih premium.
Bahagian belakang pula memang padu dengan finishing matte. Senang cerita, cap jari tak mudah melekat. Warna Mint ni pulak, serius nampak eksklusif! Sesuai untuk geng lelaki atau perempuan. Minimalist, tapi standout!

(Warna lawa + premium feel = 10/10!)
Skrin AMOLED 120Hz: Scroll Pun Rasa Puas!
Samsung memang champion bab skrin. Galaxy S25 Mint ni dilengkapi dengan Dynamic AMOLED 2X 6.2 inci, dengan refresh rate 120Hz yang buat scrolling terasa super smooth.
Warna memang vibrant, kontras sharp, dan kalau guna kat luar, tetap terang sebab ada Vision Booster. Nak layan Netflix, TikTok atau gaming? Memang puas hati!

Chip Snapdragon 8 Gen 3 : Close application? Apa tu?
Dengan Chip Snapdragon 8 Gen 3 ni korang tak perlu lagi susah susah nak tutup application sebelum buka app lain. Buka je semua, serentak!
Nak buka TikTok sambil Whatsapp dan Spotify? Go for it. Langsung tak lag!

Untuk pengetahuan korang, Samsung Galaxy S25 ni sudah berada di pasaran dengan harga bermula RM3999. So kalau korang penggemar flagship phone, S25 ni memang terlebih berbaloi.
1st impression pun dah gempak! So korang nantikan review penuh kami untuk tahu tentang lebih banyak feature yang menarik termasuklah kamera, bateri dan yang paling menarik Galaxy AI.





