33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sambut ‘Birthday’ Dalam Penjara, Along Cham Sebak Rakan OKT Jadikan Roti Sebagai Kek – ‘Mereka Letak Coklat & Tulis Nama Saya’

    Shopee Sale



    Along Cham

    Pelawak Along Cham gagal menahan sebak apabila mengingat kembali momen menyambut ulang tahun kelahiran ke-42 sewaktu berada di dalam Penjara Sungai Buloh, 19 Januari lalu.

    Kek roti

    Along Cham

    Tidak akan melupakan kenangan itu, Along atau nama sebenar Muhammad Nizamudin Ahmad, berkata, Orang Kena Tahan (OKT) dalam penjara telah menghadiahkannya sebiji kek yang dihasilkan daripada roti.

    Perkara paling menyeronokkan ketika di sana (dalam penjara), sewaktu hari lahir saya, para OKT ini sanggup mengumpulkan roti penjara untuk jadikan sebiji kek buat saya.

    Mereka meletakkan coklat dan tulis nama saya pada kek tersebut. Satu sel menyanyikan lagu hari lahir dan kek itu diberikan kepada saya.

    Ini perkara yang tidak akan saya lupakan. Dikala orang luar lihat mereka ini seperti tiada harapan, anda silap. OKT ini belum jatuh hukum. Mereka sentiasa beri semangat,

    Along berkongsi perkata itu ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya, pada Selasa.

    MENARIK:  Syamel Jadikan Kegagalan ‘Belakang Tabir’ Sebagai Penguat Untuk Terus Berkarya – ‘Kecewa & Hampa Tapi Syukur Lagu Itu Kini Dikenali Ramai’

    Dalam pada itu, pelakon filem Lagenda Budak Hostel meluahkan rasa terharu dengan layanan baik diberikan oleh seluruh warga kerja Penjara Sungai Buloh sepanjang dia berada dalam tahanan.

    Terdahulu, Along mendedahkan isterinya, Afreena Suhaimi sudah melanggar tiga perjanjian dalam perkahwinan mereka yang membawa kepada jatuhnya lafaz taklik.

    Susulan itu, Along akan menfailkan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap Afreena di Mahkamah Syariah Sepang dalam masa terdekat.

    Untuk info, Along mendirikan rumah tangga bersama Afreena pada 4 April tahun lalu selepas sembilan tahun menduda.

    Pada Isnin lalu, Along membuat sujud syukur di kandang tertuduh selepas Mahkamah Sesyen melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) daripada satu pertuduhan berkaitan pemilikan dadah jenis kanabis.

    Dalam perkembangan berkaitan, Along turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan lain melibatkan pemilikan dan penggunaan dadah.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah