25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saksi Ke-37 Inkues Kematian Zara Qairina Dedah Jumpa Dua Diari Milik Arwah

    Shopee Sale

    Seorang saksi kanak-kanak memberitahu Mahkamah Koroner, Kota Kinabalu mengenai penemuan dua buah diari milik Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang dijumpai dalam beg di almarinya pada 16 Julai lalu.

    Artikel Berkaitan: Siasatan Punca Kematian Zara Qairina Diteruskan, Mungkin Jatuh Sebab Melompat Atau Menghayunkan Badan

    Artikel Berkaitan: Riezman Khuzaimi Kongsi Pengalaman Ziarah Pusara Arwah Zara Qairina – ‘Aura Lain, Bulu Roma Naik’

    Sukarela mencari diari milik arwah

    Memetik laporan Berita Harian, saksi kanak-kanak ke-37 dalam inkues kematian Allahyarham itu memberitahu, dia secara sukarela menawarkan diri untuk mencari diari tersebut selepas diminta oleh gurunya selepas arwah ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama.

    Mengulas semula keterangan saksi, pasukan peguam yang mewakili ibu Allahyarham, diketuai oleh Shahlan Jufri, memaklumkan sebelum kejadian, beberapa pelajar telah memberitahu guru mengenai kewujudan diari yang ditulis oleh arwah ketika mereka berkumpul di surau.

    Pada 16 Julai lalu, pukul 11.15 pagi, dia bersama beberapa pelajar berkumpul di surau bersama beberapa guru iaitu Cikgu Yuslina, Cikgu Fatimah, Cikgu Dayang Azirah dan Cikgu Gloria.

    Dia mendengar beberapa pelajar memberitahu cikgu bahawa Zara menulis dan menyimpan buku diari, tetapi apabila cikgu meminta pelajar mencari buku itu, tiada siapa yang berani menawarkan diri.

    Dia menawarkan diri untuk membantu mencari buku diari milik Zara. Selepas itu, dia bersama Cikgu Gloria pergi ke blok asrama dan naik sendirian ke bilik asrama Zara, manakala Cikgu Gloria menunggu di bawah.

    Ketika berada di bilik Zara, dia mendapati semua almari berkunci kecuali satu yang dipercayai milik arwah, dan mengecamnya melalui pakaian bertanda nama Zara yang tergantung di dalamnya.

    Saksi tidak tahu tujuan sebenar

    Selepas menemui almari milik arwah, saksi kemudian memeriksa sebuah beg sekolah berwarna hitam dan menemukan dua buah diari di dalam beg tersebut.

    MENARIK:  Tular Video Atas Ranjang Berdurasi 12 Minit Mirip Penyanyi? Netizen Dah Jumpa Siapa Tuan Badan

    Saksi turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa dua buku diari yang ditemuinya, masing-masing berwarna hijau dengan tulisan “Love & Peace” dan berwarna ungu bertulis “Simple Style”.

    Dia menjelaskan bahawa ketika itu dia berada seorang diri di bilik asrama arwah dan sempat membuka serta meneliti kedua-dua buku diari tersebut dengan sepintas lalu tanpa membacanya dengan mendalam.

    Kemudian turun dan kembali ke surau bersama Cikgu Gloria. Apabila di surau, dia menyerahkan buku-buku itu kepada Cikgu Yuslina.

    Saksi turut memberitahu bahawa dia melihat Cikgu Yuslina membaca sebahagian kandungan diari tersebut di hadapan beberapa pelajar sebelum menyimpannya.

    Bagaimanapun, saksi mengakui tidak mengetahui tujuan sebenar mereka diminta mencari diari milik arwah dan tidak pasti serta tidak mengetahui sama ada arwah ada menulis sebarang nota khusus di dalamnya.

    Sementara itu, peguam yang mewakili ibu arwah memaklumkan saksi merupakan ahli kumpulan pelajar Circle Nineteen, tetapi mengakui tidak pernah mempunyai sebarang konflik bersama arwah.

    Saksi menggambarkan arwah sebagai seorang pelajar yang periang, sopan dan menghormati pelajar senior. Tidak pernah melihat arwah murung, marah atau bermasalah dengan pelajar lain.

    Kawan arwah ada meminta saksi untuk memberitahu arwah dan menasihati pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 supaya berhenti menyindir Zara.

    Bagaimanapun, saksi berkata dia tidak mengingati tarikh perbualan tersebut dan tidak menyebut nama pelajar yang terlibat, manakala arwah hanya menjawab tidak tahu ketika ditanya tentang perkara itu.

    Sumber: Berita Harian

    The post Saksi Ke-37 Inkues Kematian Zara Qairina Dedah Jumpa Dua Diari Milik Arwah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah