30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sakit Hati Dihina Soal Ekonomi, Suami Tergamak Bun*h Isteri

    Shopee Sale

    Seorang wanita berusia 62 tahun dilaporkan maut selepas dipercayai dibunuh oleh suaminya, yang dikatakan berang dan tidak berpuas hati kerana diejek oleh mangsa.

    Artikel Berkaitan: Hilang Sabar Didesak Berkahwin, Lelaki Didakwa Cekik Wanita Warga Emas Hingga Maut

    Artikel Berkaiatan: Wanita Dibun*h Ketika Solat, Suspek Didakwa Guna Duit Simpanan Mangsa

    Punca dari pertengkaran

    Memetik laporan Tribunnews, suspek yang dikenali sebagai Purnomo, 60, berasal dari Desa Palrejo, Sumobito, Jombang, sempat melarikan diri ke Lampung untuk bersembunyi pada 9 November lalu.

    Bagaimanapun, pihak polis berjaya memberkas suspek pada 21 November di Rajabasa Baru, Lampung Timur.

    Menurut sumber, isiden tersebut terbongkar selepas polis menemukan motosikal jenis Yamaha Vixion milik mangsa yang dilaporkan hilang di lokasi kejadian.

    Difahamkan, motosikal tersebut digunakan suspek untuk melarikan diri sebelum ditinggalkan di satu kawasan tertentu. Suspek kemudian menaiki bas ke Lampung bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

    MENARIK:  Perjalanan Kebahagiaan & Kesejahteraan Vida Doa Bella Astillah Di Tanah Suci Makkah - 'Mengatasi Penderitaan Dengan Kuasa Doa'

    Hasil siasatan awal mendapati, insiden pembunuhan tersebut berpunca daripada pertengkaran antara pasangan berkenaan pada malam kejadian di kediaman mereka.

    Menurut Ketua Siasatan Jenayah (Kasatreskrim) Polres Jombang, AKP Dimas Robin Alexander, mangsa yang dikenali sebagai Tri Retno Jumilah telah mengeluarkan kata-kata yang dianggap menghina serta mengejek suspek.

    Pembunuhan itu tidak dirancang, ia berlaku secara spontan sebab rasa sakit hati terhadap isterinya.

    Mangsa kerap mengejek dan mempertikaikan keadaan ekonomi suspek iaitu suaminya sendiri.

    Difahamkan, kes masih dalam siasatan lanjut dan suspek bakal berdepan tindakan undang-undang atas perbuatannya.

    Sumber: Tribunnews

    The post Sakit Hati Dihina Soal Ekonomi, Suami Tergamak Bun*h Isteri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah