28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rumah Sajat Turun Harga Lagi, Ejen Hartanah Masih Cari Pembeli – ‘Rumah Orang Kaya Memang Susah Nak Dapat Pembida’

    Shopee Sale

    Rumah kediaman milik usahawan sensasi, Nur Sajat masih belum dapat pemilik baharu walaupun sudah hampir empat tahun ditinggalkan.

    Artikel Berkaitan: Sajat Kesal Berita Palsu Kematian Tersebar, Fazura Titip Semangat ‘Sabar Ya Allah Ada’

    Artikel Berkaitan: Sajat Syukur Bersatu Semula Dengan Anak Selepas Empat Tahun Terpisah, Netizen Tumpang Gembira – ‘Awak Memang Ayah Hebat

    Harga turun

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, seorang ejen hartanah yang dikenali sebagai Ishaq Marazi berkata, rumah milik usahawan berusia 40 tahun itu bakal dilelong dengan harga RM3.4 juta.

    Menurutnya, rumah jenis banglo agak susah untuk dijual kerana pembida memiliki keutamaan tersendiri.

    Semalam lelong RM3.79 juta tapi tiada pembida.

    Selepas ini, akan dilelong RM3.4 juta.

    Sedangkan dulu Sajat beli RM7.5 juta.

    Rumah orang kaya memang agak susah nak dapat pembida sebab mereka pun orang kaya.

    Ada keutamaan tersendiri dalam membeli rumah.

    Dalam pada itu, ejen tersebut menyatakan bahawa terdapat pembeli yang berminat namun proses terhenti ditengah jalan.

    MENARIK:  Dengan Sekali Lafaz, Amira Othman Sah Bergelar Isteri Fattah Amin

    Ujarnya, rumah yang dilelong tidak boleh untuk dibawa masuk bagi tujuan ‘viewing’ menyebabkan pembeli membatalkan pembelian.

    Dan, ini merupakan salah satu sebab rumah jenis banglo milik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman susah untuk dijual.

    Sumber: Facebook @Ishaq Marazi

    The post Rumah Sajat Turun Harga Lagi, Ejen Hartanah Masih Cari Pembeli – ‘Rumah Orang Kaya Memang Susah Nak Dapat Pembida’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah