Pelakon, Riena Diana mengakui tidak pernah terasa hati apabila kekasihnya, Keith Foo menjadikan anak perempuannya, Skylar Raymond Foo sebagai keutamaan dalam hidup.
ArtikArtikel Berkaitan: [VIDEO] Riena Diana ‘Throwback’ Lakonan Keith Foo Dalam Video Muzik – ‘Kau Propose Rossa Tapi Tak Propose Dekat Aku’
Anak nombor satu

Riena, 28, berkata, tindakan Keith sebagai seorang bapa itu adalah sesuatu yang sangat wajar dan menunjukkan tanggungjawab serta kasih sayangnya terhadap anak tunggalnya.
Sejak mula kenal Keith, dia memang terus terang cakap Skylar (anak) adalah nombor satu dalam hidup dia. Saya hormati perkara itu. Sebab saya tahu, sebagai ayah, tanggungjawab terhadap anak datang dulu.
Ramai kawan saya yang pernah shooting dengan Keith beritahu perkara sama, anak dia sentiasa jadi keutamaan.
Bila saya cakap saya kenal dengan Keith, mereka siap ‘alert’ awal-awal, katanya ‘Awak nombor dua tau, Skylar nombor satu’.
Riena berkongsi perkara itu ketika ditemui di sesi fotografi drama Tonton Original berjudul Toksik Cinta di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bercerita mengenai anak Keith, pelakon yang popular menerusi drama Kampung People ini memberitahu dirinya sangat selesa dan senang dengan kehadiran Skylar yang disifatkannya sebagai seorang anak yang manja.
Saya sebenarnya gembira bila boleh ada hubungan yang rapat dengan Skylar. Mungkin sebab kami sama-sama perempuan, jadi lebih mudah nak ‘connect’.
Dia pun suka datang rumah, dan selalunya minta saya masak menu kegemaran dia. Skylar jenis tak berapa suka makanan beli luar. Dia lebih suka kalau saya masak sendiri. Jadi kalau dia datang, saya memang standby apron.
Untuk rekod, Keith Foo pernah mendirikan rumah tangga dengan model dan usahawan, Kim Raymond pada November 2015.
Namun, mereka bercerai pada Disember 2019 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Skylar yang kini berusia lapan tahun.
Dalam perkembangan terkini, Riena bakal muncul dengan drama Toksik Cinta dan membawakan watak antagonis bernama Karmila.
Selain Riena, naskhah itu turut dibintangi Keith Foo, Aqasha, Christina Suzanne dan ramai lagi. Drama tersebut bakal ditayangkan bermula 8 Disember depan.
The post Riena Diana Tak Kisah Jadi Nombor Dua Di Hati Keith Foo – ‘Anak Dia Nombor Satu’ first appeared on OHBULAN!.





