28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Riena Diana Puji Keperibadian Azira Shafinaz, Tak Pernah Sombong – ‘Dia Sweet & Sangat Baik’

    Shopee Sale

    Pelakon Riena Diana tampil berkongsi pengalaman peribadinya mengenai keperibadian ahli kumpulan De Fam, Azira Shafinaz.

    Artikel Berkaitan: Riena Diana Tegur Individu Hina Rumah PPR, Dedah Pernah Jadi Penduduk Selama Tiga Tahun – ‘Tak Semua Ada Rezeki Mewah’

    Artikel Berkaitan: ‘Dia Juga Sedang Belajar Tentang Hidup’ – Riena Diana Titip Pesanan Layan Pasangan Dengan Baik

    Riena Diana puji Azira Shafinaz

    Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna bertanya kepada rakan artis yang pernah bekerjasama dengan Azira tentang sikap sebenar pelakon tersebut di belakang tabir. 

    Riena atau nama lengkapnya Nur Qamarina Diana Zulreal kemudian tampil mendedahkan bahawa Azira merupakan antara individu yang paling disenanginya ketika mereka sama-sama terlibat dalam drama satu drama. 

    Dia sangat baik. Drama pertama saya dapat berlakon dengan Azira Shafinaz. Masa tu Riena jadi talent je, watak sangat kecil masa tu, tapi bayangkan lah hari-hari lepak dengan dia dekat depan rumah shooting tu.

    Ketika itu, Riena masih baharu dan hanya memegang watak kecil, namun layanan yang diberikan oleh Azira langsung tidak membuatkan dirinya berasa tersisih.

    MENARIK:  Dari Tempatan ke Pasaran Global: Macam Mana Program HDC Bantu Syarikat Halal Tempatan Tempa Kejayaan!

    Walaupun kini mereka tidak terlalu rapat dan jarang bertemu, Riena mengakui masih menghormati dan menyayangi Azira hingga ke hari ini.

    Dia selalu kongsi pengalaman dia dan tak pernah buat saya rasa kecik ketika itu sehingga hari ini dia masih sweet dan baik sangat. 

    Saya tidak lah rapat mana dengan dia tapi sayang dia so much till today dari jauh.

    Perkongsian tersebut turut meraih pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji Azira, yang disifatkan bukan sahaja cantik dari segi luaran, malah memiliki keperibadian yang baik.

    Sumber: Threads Riena Diana

    The post Riena Diana Puji Keperibadian Azira Shafinaz, Tak Pernah Sombong – ‘Dia Sweet & Sangat Baik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah