Kecoh di media sosial berkaitan restoran milik usahawan Khairul Aming iaitu Rembayung mengalami gangguan sistem sehingga menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.
Aritkel Berkaitan: Khairul Aming Disangka ‘Flop’ Selepas Video Raih Tontonan Rendah, Ini Jawapan Tuan Badan – ‘Saya Nak Buat Experiment..’
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Tolak Cadangan Guna Nombor IC Untuk Tempahan Restoran – ‘Itu Data Peribadi Pelanggan’
Mohon maaf
View on Threads
Tidak berdiam diri dengan keadaan itu, Khairul Aming atau lebih mesra disapa KA segera memohon maaf terhadap pelanggan yang terkesan.
KA menjelaskan insiden berkenaan berpunca daripada masalah teknikal pada sistem Point of Sale (POS) StoreHub yang mereka gunakan.
Mohon maaf hari ini (Rabu) huru-hara waktu makan tengahari.
Sepanjang 6 bulan berniaga hari ni pertama kali StoreHub POS system down di mana semua order tak masuk dalam kitchen.
Isu mula timbul apabila seorang individu berkongsi keadaan restoran yang disifatkan seperti rusuhan apabila sistem di premis itu tergendala.
Kejadian itu juga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pelanggan berikutan terpaksa menunggu pada masa yang agak lama.
Kata KA, kakitangan Rembayung terpaksa bertindak segera dengan mencatat setiap pesanan pelanggan secara manual.
Disebabkan itu, terdapat beberapa slot yang mengalami kelewatan sehingga mengheret ke slot seterusnya.
Kita kena tulis satu persatu order secara manual menyebabkan makanan slot tengah hari tadi semua delay dan slot yang jam 2 petang affected masuk lambat.
Sekarang, sistem masih lagi down tapi dah terkawal untuk slot 4.30 petang ke atas.
The post Rembayung Macam ‘Rusuhan’, Khairul Aming Tampil Mohon Maaf – ‘6 Bulan Berniaga First Time ..’ first appeared on OHBULAN!.





