29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Shuk Tak Ada Dalam Urusan Penyediaan Barang Bayi, Sibuk Dengan Konten Sampah Bersama Kawan-Kawan’ – Fara Salleh

    Shopee Sale



    Kemelut rumah tangga antara pelawak Shuk Sahar dan isterinya Fara Salleh dilihat masih lagi berlanjutan meskipun mereka bakal menimang zuriat tidak lama lagi.

    Fara dakwa Shuk

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Fara mendakwa Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 39, tidak mengambil berat tentang kandungannya.

    Maaf, Shuk hanya bagi sperma sahaja. Dia tak ada dalam urusan penyediaan barang, check up, segala ubatan, makan, minum dan sebagainya.

    Shuk yang pergi umrah empat kali sibuk dengan konten sampah bersama kawan-kawan dan tiga perempuan di Johor Bahru.

    Bakal timang bayi perempuan

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Fara Salleh (@f.zzatys)

    Sebelum ini, Fara memaklumkan bahawa dia bakal menimang cahaya mata perempuan dan sedang menyediakan barangan keperluan bayi.

    Ramai yang jangka bayi lelaki, termasuk saya sendiri. Tetapi selepas beberapa kali ujian, sah bayi perempuan.

    Bayi perempuan yang kuat dan tabah dalam kandungan saya. Dia sihat dan kuat menendang.

    Saya pun sudah buat sedikit persiapan, semuanya akan berjalan lancar untuk saya dan anak ini.

    Terdahulu, Fara memaklumkan telah memfailkan perceraian terhadap pelawak berkenaan pada awal Februari lalu.

    MENARIK:  ‘Saya Dulu Berlakon Macam Tahi Juga’ – Rosyam Nor Minta Beri Peluang Kepada Pendatang Baru

    Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah