29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Khairul Aming Beri Tips Untuk Pelajar Yang Sedang ‘Intern’ – ‘Jangan Duduk & Ikut Saja, Cari Kemahiran’

    Shopee Sale



    Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming menitipkan pesan dan nasihat buat pelajar yang ketika ini sedang menjalani latihan industri di sesebuah syarikat.

    KA beri nasihat

    " data-video-id="7462576171524361490">
    @khairulamingfans_ “Ilmu tu kena fight untuk dapatkan!” ?? @Khairulaming #khairulaming #khairulamingfans #dendengnyetberapi #sambalnyetberapi #teamKA #walaming #internship #tips ? original sound – Fans KhairulAming

    Menerusi potongan video yang dimuat naik akaun TikTok peminat, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman berpesan kepada pelajar untuk memberikan fokus kepada satu kemahiran sepanjang menjalani latihan industri.

    Ujar Khairul, latihan industri perlu digunakan sebaiknya kerana ia mampu membantu pelajar mencari kemahiran untuk meningkatkan potensi diri.

    Bila korang internship, dua minggu pertama itu korang boleh follow apa supervisor suruh tapi nasihat saya adalah cari satu ‘skill’ yang awak rasa boleh belajar dalam tempoh internship.

    Fokus dekat kemahiran itu dan cuba belajar sedalam yang boleh, tak nak korang bercampur aduk sekejap fotostat kertas, sekejap buat air di pantry, sekejap urus event syarikat, isi borang dan benda-benda macam itu.

    Jangan tunggu tugasan

    Tambah pempengaruh berusia 32 tahun itu lagi, pelajar juga seharusnya tidak menunggu sehingga diberikan tugasan kerana boleh menimba banyak ilmu daripada pekerja senior.

    Faham ja sebab orang kata kadang-kadang pelajar intern ini tak dibenarkan buat benda yang risiko tinggi jadi syarikat bagi kerja yang mudah.

    Tapi tak nak lah sepanjang praktikal korang tak belajar benda baru, jadi fokus kepada satu ‘skill’ yang korang boleh ‘develop’, cari seorang senior yang boleh bantu korang belajar dan korang kena ‘fight’ lah supaya dapat ilmu.

    Jangan duduk dan follow ja apa diaorang suruh A sampai Z, ilmu kena berjuang untuk dapatkan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat dan nasihat yang diberikan Khairul Aming.

    MENARIK:  AC Mizal Kecewa Dengan Kenyataan Ajai – ‘Seakan Nak Tutup Periuk Nasi 4U2C’

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah