30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Solat Jumaat di Bukit Bintang bermula hari ini

    Shopee Sale

    Umat Islam di sekitar Bukit Bintang dapat menunaikan solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang mulai hari ini susulan kelulusan khas yang diberi bagi tujuan tersebut.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan menerusi hantaran di Facebook berkata kemudahan berkenaan diberi secara sementara sehingga surau Jumaat kekal di lokasi itu siap dibina.

    “Sejarah bakal tercipta di Bukit Bintang esok (hari ini)! Atas izin Allah dan kelulusan khas, solat Jumaat kini boleh ditunaikan di Outreach Oasis Bukit Bintang buat sementara waktu sehingga surau Jumaat kekal siap dibina kelak.

    “Selepas ini, tak perlu kelam-kabut nak kejar masa atau bersesak pergi jauh demi menunaikan kewajipan, insya-Allah,” katanya.

    MENARIK:  ‘Guan Eng ganggu keharmonian P Pinang’ - NGO protes tukar nama jalan

    Zulkifli turut mengajak umat Islam, khususnya warga Bukit Bintang, untuk hadir dan memeriahkan pelaksanaan solat Jumaat di lokasi berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap syiar Islam.

    “Jom, penuhkan saf tanda sokongan padu ummah untuk syiar Islam.

    “Hari Jumaat hari penuh barakah! Kita rehatkan minda, bersihkan jiwa dan imarahkan solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang esok!” katanya.

    Kerajaan sebelum ini berusaha untuk mewujudkan surau Jumaat yang selesa di Bukit Bintang bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan ibadah di kawasan tumpuan pelancong itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah