Insiden yang meragut nyawa pelatih industri, Muhammad Adam Danish Mohd Anuar ketika sedang menjalani latihan industri itu mencetuskan kemarahan dan kesedihan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Anak Sawan & Tak Sedarkan Diri, Video Boleh Bantu Doktor Tapi Jangan Rakam Ketika Memandu’ – Public Health Malaysia
Artikel Berkaitan: Public Health Malaysia Puji Fattah Amin, Hun Haqeem, Fahrin Ahmad & Kamal Adli Tolak Promosi Vape – ‘Harap Dicontohi Influencer Lain’
Datang untuk belajar bukan untuk kerja berbahaya
View on Threads
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, seseorang pelatih industri menjalani latihan dengan harapan untuk menimba pengalaman serta mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Jelasnya, pelatih industri tidak seharusnya dianggap sebagai buruh murah yang boleh diberikan tugas berisiko atau kerja yang memerlukan kemahiran khusus tanpa pengawasan sewajarnya.
Arwah datang sebagai pelajar latihan industri. Datang untuk belajar, membina pengalaman dan mengenal dunia kerja.
Intern bukan buruh murah, bukan pengganti pekerja mahir dan bukan orang paling junior yang boleh disuruh buat kerja berbahaya hanya kerana mereka muda, baru belajar atau tidak berani menolak arahan.
Kerja yang dibuat memerlukan latihan khusus, penyeliaan rapi, penilaian risiko, permit to work, pekerja kompeten dan bukan sekadar ‘tolong sekejap’.
Dalam pada itu, pihak institusi juga memainkan peranan penting dalam memastikan tempat latihan yang dipilih memenuhi standard keselamatan, selain peka dan mengambil serius setiap aduan yang dikemukakan oleh pelajar.
Pihak institusi juga perlu semak tempat latihan, pantau pelajar dan ambil serius aduan keselamatan.
Latihan industri sepatutnya jadi jambatan ke alam pekerjaan, bukan laluan terakhir seorang anak muda.
Imbas kembali, allahyarham yang berusia 24 tahun dilaporkan berada di atas tangki air sebelum dipercayai terjatuh atau tersedut ke dalam tangki berkenaan dan gagal menyelamatkan diri.
Arwah ketika itu sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana Perdana, Jalan Saujana Perdana 18, Bandar Saujana Perdana.
Sumber: Threads @publichealthmalaysia
The post ‘Intern Bukan Buruh Murah Yang Boleh Disuruh Buat Kerja Berbahaya Hanya Kerana Baru Belajar’ – Public Health Malaysia first appeared on OHBULAN!.





