28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rebecca Nur Al Islam Genggam Ijazah Selepas Hampir 5 Tahun Berjuang – ‘Ketika Itu Saya Ibu Kepada 7 Anak Yang Masih Kecil’

    Shopee Sale

    Pelakon Rebecca Nur Al-Islam berkongsi momen bahagia apabila berjaya menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok dalam majlis konvokesyen yang berlangsung pada Khamis.

    5 tahun bukan perjalanan mudah

    Menerusi hantaran di Instagram, Rebecca memuat naik gambar bersama anak-anak sambil mengenakan jubah konvo. Dia menzahirkan rasa syukur atas kesempatan dan kekuatan yang diberikan sepanjang hampir lima tahun menyambung pelajaran.

    Sesungguhnya perjalanan pembelajaran selama hampir 5 tahun belajar bukan lah mudah kerana dalam masa yang sama saya lah ibu kepada 7 orang anak saya yang masih kecil lagi.

    Saya lah anak perempuan kepada ibu saya, saya lah Isteri (pada ketika itu)

    Dan dalam masa yang sama saya juga bekerja dengan mencari Rezeki yang halal untuk anak-anak saya.

    Reda dengan ujian

    View this post on Instagram

    A post shared by Rabecca Nur Al Islam (@rebeccanuralislamahmad)

    Mengenang kembali dugaan yang dihadapi dalam hidupnya, Rebecca mengakui pengalaman itu menjadikannya lebih reda dan bergantung penuh kepada ketentuan Tuhan.

    MENARIK:  Hubungan Istimewa Aliff dengan Siti Hafiza? Ruhainies Hanya Berusaha Membantu? - 'Hanya Kerana Awak, Dia Dibenci dan Dihentam'

    Malah secara tidak langung memberinya kekuatan diri demi anak-anak dan keluarganya.

    Saya sedar dunia hanya sementara. Saya sedar saya hanya di sini sebagai pinjaman dari Allah.

    Saya reda apa sahaja yang terjadi dalam hidup saya, saya bersyukur kerana percaya Allah sayang saya.

    Dalam kapsyen sama, Rebecca menitipkan nasihat kepada anak-anaknya agar sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam dan percaya pada ketentuan Allah meskipun banyak dugaan yang mendatang.

    Ingat hidup tidak selalunya indah, sayang. Kita pasti akan diuji.

    Pegang teguh pada agama dan Al-Quran. Pandangan orang lain itu tidak penting… kita senyum dan ucaplah Alhamdulillah.

    Sumber: Instagram Rebecca

    The post Rebecca Nur Al Islam Genggam Ijazah Selepas Hampir 5 Tahun Berjuang – ‘Ketika Itu Saya Ibu Kepada 7 Anak Yang Masih Kecil’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah