25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rayu Biaya Kos Buah Pinggang, Wanita Alami Kerugian Hampir RM4 Juta Kena ‘Scam’ Dengan ‘Brad Pitt’

    Shopee Sale



    Seorang wanita yang dikenali sebagai Anne dipercayai mengalami kerugian sebanyak 850,000 USD (RM 3,872,550) selepas ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai pelakon Hollywood terkenal, Brad Pitt.

    Kena ‘scam’ dengan ‘Brad Pitt’

    Menerusi ciapan yang dibuat @TheOscarRace di aplikasi X, wanita yang berasal dari Perancis itu dilaporkan menerima hantaran mesej daripada ‘Brad Pitt’ yang mahu berkenalan dengannya di Instagram (IG).

    Apa yang membuatkan wanita itu yakin ialah, lelaki tersebut sentiasa menghantar gambar Artificial Intelligence (AI) berwajahkan Brad Pitt yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

    ‘Scammer’ tersebut DM Anne di IG yang meyakinkannya dengan video yang dijana AI dan juga gambar yang telah disunting.

    Anne bertambah percaya apabila ‘scammer’ tersebut mendakwa akaun banknya telah dibekukan selepas bercerai dengan Angelina Jolie dan dia memerlukan wang untuk pembedahan buah pinggang.

    Lebih parah, wanita itu difahamkan sanggup berpisah dengan suaminya kerana berasakan dia akan mengahwini pelakon yang terkenal menerusi filem ‘World War Z’ tersebut.

    MENARIK:  ‘Bodyguard’ Bidas Tuduhan Halang Fattah Amin Hampiri Fazura – ‘Tak Ada Satu Arahan Pun Suruh Kami Buat Macam Itu’

    Namun begitu, Anne akhirnya sedar bahawa semua itu merupakan tipu helah selepas berita mengenai percintaan hangat Brad Pitt bersama teman wanitanya iaitu Ines de Ramon mula tersebar.

    Aplikasi X


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah