
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum moreh yang dilihat telah menjadi sebahagian daripada masyarakat kini.
Harus tapi boleh jadi berdosa

Menerusi perkongsian di Youtube, Ustaz Azhar atau lebih dikenali sebagai UAI menjelaskan hukum asal moreh adalah harus tetapi sekiranya meninggalkan solat yang wajib ia boleh menjadi berdosa.
Tidak ada salahnya, cuma pengurusan yang salah.
Macam basuh kereta, mana ada ulama kata basuh kereta haram. Tapi basuh kereta pada waktu Maghrib dan kemudian habis basuh kereta waktu Isyak pula masuk, jadi perbuatan itu berdosa.
Jadi, moreh tidak salah sepatutnya ia selepas tarawih.
UAI berkata demikian selepas menjawab soalan berkaitan fenomena moreh yang sudah mendapat tempat dalam kalangan orang ramai sehingga melupakan fadilat bulan Ramadan.
Satu kerugian

Mengulas lanjut, UAI berkata bagaimanapun moreh menjadi satu kerugian lebih-lebih lagi pada bulan mulia ini.
Melakukan perkara yang harus dan meninggalkan perkara sunat tidak haram sebenarnya. Contohnya, pergi makan, tinggalkan tarawih yang sunat. Tidak haram kerana solat tarawih itu tidak wajib.
Tetapi menjadi satu kerugian. Sepatutnya, habis solat pukul 10 baru kita pergi moreh. Ini pukul 8.40 dah pergi moreh, tak berapa elok.





