Pelakon, Beto Kusyairy mengakui berasa segan apabila namanya dijadikan inspirasi oleh segelintir pelakon baharu dalam industri seni tanah air.
Artikel Berkaitan: ‘Kepada Produser, Boleh Tak Saya Nak Berlakon Dengan Beto Kusyairy’ – Norreen Iman
Idola pendatang baharu

Beto, 46, berkata dia menghargai pengiktirafan tersebut, namun dalam masa yang sama merasakan dirinya masih terus belajar sebagai seorang pelakon, sama seperti pendatang baharu yang sedang mencipta nama.
Jika mereka melihat saya sebagai inspirasi, saya hanya mampu bersyukur. Saya sentiasa menyokong pelapis baharu yang berpotensi kerana mereka yang akan menggantikan orang-orang lama, suatu hari nanti.
Saya juga berasa agak segan bila pelakon baharu kata mereka idolakan saya. Saya juga masih terus mencari ilmu dalam industri, sama seperti mereka semua.
Beto berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Gayong 2 yang berlangsung di One Utama, Damansara, pada Rabu.
Dalam pada itu, Beto berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan pelakon baharu dalam mana-mana naskhah selagi mereka mempunyai komitmen dan kesungguhan terhadap kerja yang dilakukan.
Saya terbuka untuk kerja dengan pelakon baharu, tiada masalah pun. Asalkan mereka serius dengan apa yang mereka lakukan. Naskhah yang dipertaruhkan juga perlu dilihat dahulu.
Jika apa yang saya lakukan dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk meningkatkan atau memperbaiki mutu lakonan, Alhamdulillah, teruskan. Namun, saya tidak pernah meletakkan diri sebagai idola.
Selain Beto, filem terbitan SOL Pictures Sdn Bhd itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Nabila Huda, Syafie Naswip, Fauzie Laily, Bobby Tonelli, Rabbit Chen, Hanna Aqeela, Sandra Lim dan ramai lagi.
The post ‘Rasa Segan Bila Pelakon Baharu Idolakan Saya’ – Beto Kusyairy first appeared on OHBULAN!.





