Pelakon, Datin Almy Nadia, percaya kecaman yang dilontarkan oleh netizen terhadap suaminya, Datuk Fizz Fairuz tidak akan berlangsung lama. Ini kerana, Fizz mempunyai bakat dan kebolehan sebagai penyampai radio Suria FM.
Selamat maju jaya
Menurut Almy, dia yakin bahawa segala kata-kata negatif yang dilemparkan itu akan menyuntik lebih semangat buat Fizz untuk memberikan yang terbaik dalam kerjaya baharunya itu.
Selamat maju jaya sayang, hari ini hari pertama sayang jadi penyampai radio. Sebelum ini, cuma jemputan, tak sama macam penyampai radio yang sebenar. Buat terbaik okey sayang. Untuk sebulan dua ini memang orang tahu kecam sahaja.
Ikut ke atau tak ikut ke kecam sahaja. Bagi mereka kecam puas-puas, sayang yang dapat pahala. Sebab, sayang cari rezeki untuk keluarga, ikhlas seikhlasnya.
Semua bidang baharu, perlukan masa. Macam orang lain jugalah, dah jadi suami atau isteri, baru dapat anak atau dapat kerja baharu, mesti perlukan masa untuk sesuaikan dengan keadaan. Bukan tahu kecam, maki tak ingat dunia macam tak pandang kiri kanan menulisnya.
Tambah Almy, dia turut menasihatkan Fizz supaya sentiasa meletakkan kesabaran yang tinggi dalam mengendalikan situasi kecaman ini dan sentiasa ingat bahawa keluarga sentiasa ada memberi sokongan kepadanya.
Sabar itu indah, sabar itu cantik. Saya dan keluarga tetap menyayangi dan sokong awak. Terima kasih Suria FM beri peluang kepada suami menjadi sebahagian daripada keluarga.