28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Rasa Sebagai Mama Tu Complete’ – Isteri Fizi Ali Syukur Dapat Bawa Anak-Anak Tunai Solat Di Masjid Nabawi

    Shopee Sale

    Isteri kepada penyampai radio dan pengacara, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha berkongsi momen mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga dan anak tirinya, Ameena Sofia.

    Mesra dengan Ameena

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Zulaikha atau lebih mesra dengan sapaan Mama Tiz meluahkan rasa sebak dan syukur yang tidak terhingga apabila diberi rezeki membawa keluarga dan anak-anak menunaikan solat di Masjid Nabawi, Madinah.

    Alhamdulillah untuk kasih sayang ini, perjalanan ini, kelembutan yang Dia tanamkan dalam hati kami.

    Semoga Allah sentiasa mendekatkan keluarga kami kepada-Nya, Amin.

    Menurut Zulaikha, melihat anak-anak sujud di tempat yang penuh keberkatan itu memberikan satu perasaan luar biasa yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

    Ya Allah, rasa menjadi seorang Mama itu lengkap.

    Melihat mereka sujud di tempat yang penuh barakah ini, rasanya sangat berbeza. Ia adalah satu saat yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit, hanya rezeki dan rahmat dari Allah.

    Hari ini, hati saya rasa sangat penuh. Dapat bawa anak-anak solat di Masjid Al Nabawi, Masjid Nabi. Ya Allah, rasa sebagai seorang Mama tu complete.

    Dalam foto yang dikongsikan, kelihatan Ameena yang memakai jubah coklat memeluk erat ibu tirinya dari belakang manakala seorang lagi anak perempuan Zulaikha berdiri di sisi mereka.

    MENARIK:  Rawatan Zarina Anjoulie Memukau Netizen Dengan Perubahan Wajah yang Luar Biasa

    Dalam pada itu, menerusi satu lagi hantaran berbeza, Zulaikha turut berkongsi gelagat comel Ameena yang tertidur di atas sejadah sementara menunggu masuknya waktu solat Isyak.

    Tertidur dah anak manja mama seorang ni sementara tunggu Isyak.

    Alhamdulillah, semua anak-anak Mama baik-baik belaka. Insya-Allah.

    Sementara itu, Zulaikha turut memanjatkan doa agar Allah sentiasa memelihara hubungan kasih sayang dalam keluarga mereka dan mendekatkan diri mereka kepada-Nya.

    Untuk rekod, Siti Zulaikha mendirikan rumah tangga dengan Fizi Ali atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Bin Ali, 34 pada 23 Oktober 2023.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nurraisya Sofea.

    Pasangan itu juga masing-masing mempunyai seorang anak perempuan hasil daripada perkahwinan mereka terdahulu.

    Untuk info, Fizi mendirikan rumah tangga dengan aktres, Shakilla pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian mereka pada Disember 2021.

    Sumber: Instagram Siti Zulaikha

    The post ‘Rasa Sebagai Mama Tu Complete’ – Isteri Fizi Ali Syukur Dapat Bawa Anak-Anak Tunai Solat Di Masjid Nabawi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah