30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Raja Azura Iklan Cari Bekas Suami Di Akhbar, Mahu Selesai Tuntutan Nafkah Anak – ‘Datang Mahkamah & Buat Pengakuan’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Raja Azura mengambil pendekatan untuk menyiarkan pencarian bekas suami, Adzmin Osman di akhbar bagi menyelesaikan tuntutan nafkah tiga anaknya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Terdesak Tuntut Nafkah Anak, Ibu Raja Azura Selar Netizen – ‘Saya Tahu Macam Mana Dia Cari Duit’

    Artikel Berkaitan: Rita Rudaini Sokong Raja Azura Pertahankan Nafkah Cahaya Mata – ‘Kalau Anak Tak Peduli, Tuduh Mak Yang Hasut’

    Iklan bekas suami di akhbar

    Ketika ditemui , Raja Azura atau nama sebenarnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 53, berkata pendekatan itu diambil susulan bekas suaminya gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

    Saya diminta supaya membeli iklan di akhbar untuk mencari Adzmin Osman (responden) supaya hadir ke mahkamah.

    Ini disebabkan penyerahan afidavit sebelum ini tidak berjaya selepas responden (bekas suami) tidak mahu memberi maklum balas, jadi saya terpaksa memohon penyampaian ganti.

    Raja Azura berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Pra-Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-37 (ABPBH 37) yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada malam Rabu.

    Susulan daripada itu, pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH37) ini berharap agar bekas suaminya itu dapat memberi kerjasama sebaiknya supaya urusan mahkamah dapat diselesaikan dengan segera.

    Iklan itu sudah pun disiarkan pada Rabu dan saya berharap dia dapat hadir ke mahkamah dan selesaikan apa yang patut. 

    Dia kena datang sendiri dan membuat pengakuan tentang hutang nafkah yang tertunggak sebelum kes boleh diteruskan.

    Kalau boleh dapat selesai secara baik, lagi bagus. Kalau dibiar nanti ia berlarutan dan perkara itu tak akan selesai.

    Sementara itu, Raja Azura mengakui tidak mengetahui keberadaan bekas suaminya, namun berharap lelaki itu dapat hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan urusan tuntutan nafkah anak-anak, di mana pun dia berada.

    Saya bukan meray, tidak. Saya cuma mahu dia hadir. 

    Saya tak tahu dia di mana dan kalau saya cari sendiri, nanti jadi gaduh.

    Difahamkan, mahkamah menetapkan 3 Disember ini sebagai tarikh kehadiran Adzmin bagi prosiding tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] Tony Eusoff Kongsi Pengalaman Bercinta Dengan Janda Anak Dua, Berpisah Selepas 9 Tahun Bersama

    Untuk rekod, Raja Azura dan Adzmin yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff, mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 dan bercerai pada 28 September 2010.

    Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, 23, Megat Luqman Hakim Adzmin, 22 dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 20 tahun.

    The post Raja Azura Iklan Cari Bekas Suami Di Akhbar, Mahu Selesai Tuntutan Nafkah Anak – ‘Datang Mahkamah & Buat Pengakuan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah