28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Que Haidar Jatuh Hati Pada Ketenangan Kuala Pilah, Lebih Tiga Bulan Tak Balik – ‘Rindu Rumah & Katil’

    Shopee Sale

    Pelakon, Que Haidar mendedahkan semakin menyukai ketenangan yang ada di Kuala Pilah meskipun pada awalnya hanya merancang untuk menetap selama beberapa bulan saja.

    Artikel Berkaitan: Que Haidar Sedih Dikritik Tayang Badan – ‘Tiga Bulan Saya Buat Badan Tiba-Tiba Orang Cakap Saya BBNU, Berlagak’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Que Haidar ‘Laku Keras’ Gara-Gara Fenomena Jamilah – ’16 Tahun Saya Memperlahankan Kerjaya Seni’

    Tenang

    Ketika ditemui , pemilik nama Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, 46, berkata suasana di kampung itu sangat berbeza dengan kesibukan di Kuala Lumpur.

    Based saya bukan dekat Kuala Lumpur. Saya pilih Kuala Pilah sebab ketenangan. Pada awalnya nak tinggal selama empat hingga enam bulan sahaja tetapi lama-kelamaan suka dengan tempat itu.

    Rasa seronok dengar bunyi burung setiap pagi dan udara juga bagus.

    Que berkongsi perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Pak Su Ammara di Kajang, Selangor pada Rabu.

    MENARIK:  Serangan Pelajar Terhadap Guru Menyebabkan Cedera Parah

    Pun begitu, Que berkata sehingga kini dia masih belum berkesempatan untuk pulang ke kampungnya kerana kesibukan kerja di ibu kota.

    Saya sangat rindu rumah dan katil saya. Sudah berapa lama tidak balik sebab tiada cuti lebih tiga bulan.

    Setiap hari saya ada kerja Kuala Lumpur. Bukan saya mengeluh, Alhamdulillah tapi saya fikir bila nak cuti dan balik ke Kuala Pilah.

    Dalam perkembangan, Que kini bakal kembali di kaca televisyen menerusi drama Pak Su Ammara yang akan ditayangkan pada 5 Januari depan.

    Selain Que, drama ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Ummi Naziera, Syazwan Zulkifli, Dian P. Ramlee dan ramai lagi.

    The post Que Haidar Jatuh Hati Pada Ketenangan Kuala Pilah, Lebih Tiga Bulan Tak Balik – ‘Rindu Rumah & Katil’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah