Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang menarik perhatian ramai apabila penyanyi Asad Motawh, 24, mengajukan soalan kepada personaliti TikTok Abdul Qawiy Aro, 28, mengenai mengekalkan istiqamah, memandangkan iman manusia sentiasa ada pasang surutnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Majlis Persandingan Qawiy Raih Pujian, Netizen Kagum Baju Isteri Longgar & Solekan ‘Simple’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘MasyaAllah..Qawiy & Isteri Berakhlak Mulia’
Ramai salah anggap istiqamah kena sempurna

Qawiy menjelaskan bahawa ramai orang silap faham maksud sebenar istiqamah.
Istiqamah itu orang selalu fikir kena sempurna. Contohnya hari ini kau solat lima waktu, sebulan kau boleh buat lima waktu, itu istiqamah. Tapi sebenarnya bukan.
Katanya lagi, istiqamah bukan bermaksud tak pernah jatuh, tetapi tentang bagaimana kita bangkit semula selepas terjatuh.
Istiqamah adalah bila kau solat lima waktu, tiba-tiba satu hari dalam sebulan kau tertinggal. Tapi esoknya kau bangun balik, itu lah istiqamah. Maksudnya kau jatuh dan kau bangun balik, bukan sempurna.
Istiqamah datang daripada kesedaran diri

Asad kemudian menyatakan bahawa istiqamah sebenarnya datang daripada kesedaran diri.
Basically, istiqamah itu bila kita sedar kita buat silap, kita perbaiki dan jadi lebih baik.
Qawiy turut bersetuju dan menjelaskan tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Tak ada manusia yang perfect. Tipulah kalau 40 tahun kau hidup, 40 tahun tu langsung tak buat dosa.
Mungkin solat kau jaga, tapi ada dosa lain yang kau terbuat. Kadang-kadang hati, bila kau pandang rendah orang lain, itu pun dosa.
Menurutnya lagi, setiap anak Adam adalah pendosa, namun sebaik-baik pendosa ialah yang kembali kepada Allah dan bertaubat.
Sekadar info, Abdul Qawiy Aro, 28, merupakan personaliti TikTok Islamik yang aktif dan dikenali dengan cara penyampaian yang tenang dan mudah difahami anak muda.
Sumber: TikTok
The post Qawiy Jelaskan Maksud Sebenar Istiqamah – ‘Tipulah Kalau 40 tahun Kau Hidup, 40 Tahun Langsung Tak Buat Dosa’ first appeared on OHBULAN!.





