27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bella Astillah Tunjuk Bakat Menari Tarian Zapin, Netizen Kagum – ‘Seorang Yang Serba Boleh’

    Shopee Sale



    Penyanyi Bella Astillah meraih perhatian ramai selepas menunjukkan bakat menari tarian zapin baru-baru ini.

    Menari zapin

    Menerusi muat naik di TikTok, pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, berkongsi video memaparkan dirinya bersama seorang lelaki bernama Adam Sufrie menari tarian zapin Johor untuk lagu Raya Nak Ke Mana?.

    Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai terutamanya peminat Bella yang mengatakan anak kelahiran Sabah itu mempunyai banyak bakat dalam pelbagai perkara.

    MENARIK:  [VIDEO] Zul Ariffin Tampil Buka Mulut Isu Dakwaan Pukul Kekasih – ‘Saya Tak Ada Genetik Angkat Tangan Pada Perempuan’

    Sebelum ini, Bella menunjukkan bakatnya bermain gitar di hadapan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap Bella kerana memiliki bakat terpendam dalam banyak perkara.

    Segelintir warganet turut meminta Bella untuk menyambung pengajian supaya dia boleh menjadi tenaga pengajar pada masa akan datang.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah